iPhone XS Max Jatuh Dan Retak Selepas Dibeli Dengan Harga RM6,700

GAYA HIDUP
September 24, 2018 - 06:22 PM


Apalah perasaannya bila iPhone XS baru dibeli jatuh dan retak. Lagi-lagi bila telah sekian lama kumpul duit untuk beli iPhone. Semua sedia maklum harga iPhone bukanlah murah baru orang biasa. Kejadian ini berlaku di Singapura.

Baru-baru ini, seorang penggemar produk Apple telah berjaya membeli kedua-dua produk terbaharu iPhone iaitu iPhone XS dan XS Max sebelum ianya dilancarkan. Malangnya, kegembiraan lelaki ini hanya bertahan buat seketika waktu sahaja apabila dia tidak sengaja terjatuhkan iPhone XS Max itu lalu menyebabkan skrinnya retak.

Lelaki yang malang ini telah membuat video mengenai kejadian itu dan memuat naik ke media sosial sekali gus meraih pelbagai reaksi netizen. Majoriti dapat merasakan kesedihan yang dialami lelaki ini apabila telefon pintar yang baharu dibelinya pada harga sekitar RM6,700 telah musnah pada hari yang sama!

Apa yang lebih malang adalah, memandangkan dia tidak membeli iPhone itu dari kedai rasmi Apple, maka dia terpaksa menanggung kos membaik pulih skrin telefon tersebut dengan duitnya sendiri!

Sedih betul, kesian dia. Dah lah harga iPhone XS bukanlah murah. Tabah jelah.