Jika Kereta Terlibat Dengan Banjir Jangan Hidupkan Enjin Buat 8 Perkara Ini Dahulu

GAYA HIDUP
November 09, 2017 - 12:21 PM


Di sini ada 8 tips yang korang harus buat sekiranya kereta korang terperangkap dalam banjir.

1. Jangan hidupkan enjin

Bila dah lama tersadai dalam banjir, mesti korang nak periksa sama ada kereta korang masih elok lagi ataupun tak, kan? Jangan terus hidupkan enjin tau! Ini boleh menyebabkan kereta korang rosak lebih teruk dan sukar untuk dibaiki.

2. Ukur paras banjir

Kalau air tak melebihi bahagian bawah pintu kereta, korang dibenarkan untuk hidupkan enjin kereta korang dan pandu seperti biasa. Tapi pastikan paras air tak melepasi bahagian bawah pintu kereta tau!

3. Periksa minyak dan penapis udara

Kalau korang nampak ada air di dalam penapis udara ataupun minyak enjin, jangan sesekali korang hidupkan kereta korang tu. Cepat-cepat hubungi tow truck untuk tunda kereta korang.

4. Periksa semua cecair lain

Selut, lumpur atau segala kekotoran pasti akan masuk ke dalam power steering kereta korang lepas banjir. Jadi, korang kena periksa betul-betul bahagian terjejas tu terlebih dulu sebelum hidupkan enjin.

5. Periksa semua sistem elektrik

Bila korang dah betul-betul pastikan yang kereta korang tu bebas dari sebarang masalah yang dinyatakan seperti di atas, barulah korang periksa sistem elektrik lain seperti signal, power lock dan sebagainya.

6. Buang semua bendasing yang tersangkut pada kereta

Pastikan segala daun kering, ranting, batu atau apa-apa yang boleh menghalang pergerakan kereta korang nanti.

7. Buka tingkap kereta

Buka segala tingkap dan pintu bagi memberi pengudaraan kepada kereta korang tu. Dah lama terendam dalam air, mesti bagaian dalam kereta akan menjadi lembab dan sedikit berbau kepam.

8. Periksa polisi insurans untuk perlindungan banjir

Sekiranya kereta korang ada sebarang masalah, cuba korang semak semula polisi insurans sama ada perlindungan bencana alam termasuk sekali dalam polisi ataupun tak.