Jom Detoks Selepas Raya Untuk Buang Semua Toksin Dalam Badan

GAYA HIDUP
June 20, 2018 - 05:15 PM


Hari raya hari tu confirm macam-macam jenis makanan masuk dalam mulut kan? Dari rendang, ketupat sampailah kenduri kahwin yang banyak undangan tu. Haa jangan lupa detoks kan diri tu untuk kekalkan kesihatan diri. Perut pun makin lama makin naik. nak gi gym memang tak lah kan...

Selain mencuci dalaman badan, ia juga membantu menurunkan berat, menghasilkan toksin secara semula jadi dan tidak berbahaya, merehatkan tubuh serta memperbaiki sistem penghadaman.

Jika tidak detoks kesan-kesan ini boleh terjadi kepada tubuh badan korang:

  • Keletihan, tahap tenaga yang rendah atau kualiti tidur yang tidak baik.
  • Sistem penghadaman lemah atau kekurangan zat makanan
  • Lemah sistem imun atau mudah terdedah kepada jangkitan
  • Kesukaran untuk mengawal berat badan, berat badan berlebihan atau berkurangan
  • Peredaran darah yang kurang baik atau hati berlemak
  • Warna kulit kusam
  • Alahan ketidakseimbangan hormon
  • Keradangan
  • Emosi atau tidak dapat mengurus tekanan
  • Penyakit kronik seperti darah tinggi atau kencing manis

Secara amnya, proses ‘pembersihan’ toksin dalam badan membantu memperbaiki sistem imun, penyerapan nutrien dan meningkatkan kesihatan badan secara keseluruhan.

Proses penyingkiran toksin berbahaya ini boleh dilakukan menerusi amalan menikmati jus yang diambil daripada gabungan beberapa jenis sayur dan buah yang mempunyai banyak manfaat.

Buah dah sayur boleh membantu membersihkan dalaman badan kerana ia mempunyai enzim yang berfungsi menguraikan toksin yang merbahaya.

Selain itu, ia juga mengandungi sumber vitamin, mineral, antioksidan, bioflavonoid dan fitonutrien.

Bagi yang mahu menghasilkan sendiri jus untuk mencuci dalaman badan daripada toksin berbahaya, Kathryn ada berkongsi resipi mudah membuat teh herba.

Lakukan sebulan sekali untuk membantu mencuci badan menggunakan gabungan kebaikan herba yang mudah didapati di dapur seperti serai dan pelbagai jenis dedaun – pudina, selasih serta mulberi.

Minuman teh herba berkenaan baik untuk mengimbangi jumlah kandungan asid atau alkali dalam badan terutama ketika musim jerebu

1. SEDIAKAN serai, daun pandan , pudina, selasih dan mulberi (atau mana-mana kombinasi bahan ini).

2. REBUS semua bahan bersama air minuman atau reneh menggunakan periuk masak perlahan dan siap untuk diminum.

Selain itu boleh juga blander bahan-bahan seperti Lemon, Halia, Oren / Apple Hijau dan Timun. Bahan-bahan tadi boleh blander dan dijadikan jus. Boleh guna honey untuk tambah rasa manis.