Jom Ketahui Cara Anda Picit Ubat Gigi Yang Mencerminkan Peribadi Anda

GAYA HIDUP
July 10, 2018 - 04:35 PM


Tingkah laku kita dalam rutin seharian boleh mempamerkan personaliti yang sebenar. Menurut pakar psikologi, 40% daripada kelakuan manusia sebenarnya dilakukan secara tidak sedar yang lama-kelamaan menjadi tabiat.

Sebenarnya, tingkah laku yang tidak signifikan seperti cara duduk, cara memegang telefon dan sebagainya itulah yang boleh mendedahkan tentang personaliti dan keadaan mental anda.

Kali ini, kami akan membongkarkan personaliti anda semua melalui cara anda memicit ubat gigi. Lihat senarai di bawah dan ketahui diri anda dengan lebih baik.

Sekali tengok macam takmasuk akal tapi bila di fikirkan balik it make sense kan...

#1. Picit dan/atau gulung dari belakang ke hadapan

 

Anda adalah seorang yang sangat berjimat cermat dan teratur. Sambil anda menjaga barang milik anda, anda turut menjaga orang-orang di sekeliling. Anda seorang yang mementingkan kesempurnaan dan tidak suka membazir. Justeru, anda akan gunakan sumber yang ada secara sepenuhnya.

Pada masa yang sama, anda seorang yang kerja keras dan sentiasa melakukan kerja dengan bagus sekali gus membuatkan ramai yang bergantung pada anda.

Keadaan rumah anda juga sentiasa bersih dan teratur.

#2. Picit dari bahagian tengah

 

Anda seorang individu yang realistik, aktif tetapi kadangkala agak kelam-kabut. Anda bukanlah seorang yang teratur atau pembersih tetapi ketika menghadapi cabaran, anda mampu kekal bersemangat untuk menyelesaikannya.

Anda seorang yang mudah bersosial, mempunyai ramai kawan dan suka berada di kawasan yang dipenuhi manusia. Anda juga bijak mengimbangi antara kehidupan dengan kestabilan emosi.

#3. Picit dari bahagian atas

Anda sangat degil dan sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai sesuatu matlamat. Namun, anda juga mudah berputus asa dan tidak begitu percayakan orang lain. Anda lebih cenderung untuk berharap pada diri sendiri sahaja.

Anda seorang yang boleh berdikari tetapi kadangkala sampai ke satu tahap di mana anda akan mula mementingkan diri sendiri dan menggunakan orang lain demi kepentingan peribadi.

#4. Sentiasa memastikan bentuk ubat gigi kekal sempurna

Anda gemar bersendiri, berangan dan seorang yang artistik. Kadangkala, anda seolah-olah hidup dalam dunia anda sendiri.

Anda seorang yang sensitif, lemah-lembut, mudah didekati, bertimbang rasa dan bertolak ansur. Pada masa yang sama, anda juga boleh menjadi individu yang berterus-terang dan pemurah.

Anda sentiasa mempunyai idea kreatif dan sudi mengongsikannya dengan orang lain.

#5. Picit ubat gigi merata-rata

Anda mempunyai kemampuan untuk melihat dunia dari pelbagai sudut berbeza, seorang yang artistik serta kreatif! Namun, anda mengalami kesukaran untuk menepati masa, merancang sesuatu dan menyelesaikan sesuatu tugasan.

Tetapi, anda adalah seorang yang optimis dan berfikiran terbuka walaupun emosi anda sering berubah.

KeN: Artikel ini di ubah suai dari BrightSide