Jom Tengok Koleksi Edisi Khas Bata x Coca – Cola

GAYA HIDUP
February 18, 2019 - 04:21 PM


Dua model kasut Bata terpilih untuk satu kolaborasi yang agak mengejutkan tetapi ditunggu-tunggu oleh peminat. Menerusi koleksi Bata Heritage, Bata mengumumkan kolaborasi khas bersama jenama minuman terkemuka dunia, Coca – Cola.

Menggunakan warna ikonik Coke, Model Bata Hotshot dan Tennis dipilih untuk kolaborasi ini dengan didatangkan dengan 3 pilihan warna untuk model Hotshot dan 2 pilihan warna untuk Tennis. Warna ikonik merah dan putih memang ‘masuk’ betul dengan Bata untuk koleksi edisi khas Bata x Coca-Cola ni.

Ada kisah disebalik pemilihan dua model ini untuk kolaborasi ini sebenarnya. Model Tennis, pertama kali dihasilkan pada tahun 1936 di India dan merupakan model terlaris dalam sejarah perniagaan Bata.

Untuk Hotshot pula, semestinya disebabkan ia dipopularkan oleh salah seorang lagenda muzik Grunge terkemuka iaitu Kurt Cobain yang pernah memakai model yang sama satu ketika dahulu.

Difahamkan, 15 Mac 2019 ni edisi khas Bata x Coke ini akan berada di pasaran Cuma akan keluar 3 model sahaja. Koleksi edisi khas Bata x Coca – Cola boleh dibeli di Bata Suria KLCC ataupun di laman web bata.

Harga yang diletakkan adalah RM199 ( Tennis) dan RM299 untuk model Hotshot.