Jump Force 'Temukan' Hero – Hero Manga Dalam Satu Permainan Video



Jika korang pernah terlintas antara Goku dengan Naruto, siapa lagi hebat, penantian korang mungkin akan berakhir pada tahun hadapan.

Walaupun bukan dalam manga, siri animasi mahupun filem, pencipta Dragon Ball FighterZ telah mengesahkan dan melancarkan projek terbaru mereka di conference Microsoft E3 2018.

Dikhabarkan Bandai Namco turut sertai projek bersama Shonen Jump untuk menghasilkan game ‘lawan-lawan’ terbaru yang berjudul Jump Force.

Berita baik ini dikongsikan dalam bentuk teaser berdurasi 2 minit. Walau bagaimanapun, bentuk atau format gameplay permainan ini tidak dapat dipastikan lagi tetapi watak yang akan terlibat hampir pasti dah boleh disahkan.

Kebanyakan watak utama dan ‘orang jahat’ manga popular akan terlibat seperti Goku dan Frieza, Naruto, dan Luffy (One Piece).

Ada juga ura-ura yang mengatakan mereka ternampak kehadiran ‘Death Note’ dalam trailer berkenaan. Kalau nak diikutkan, tagline game ini adalah “Unite TO Fight”. Persoalannya, adakah ia akan berkonsepkan pertarungan berkumpulan? Atau mereka akan membentuk satu pertubuhan ala-ala Avengers?

Apa-apa pun, sama sama kita nantikan Jump Force pada tahun 2019 nanti ye…

 

p/s : Bayangkan eh, Ka Me Ha Me Ha Goku bertembung dengan Rasengan Naruto… Fuh!