Kaki Travel Semua Kena Dapatkan Seluar Dengan Poket Kalis Air Ini!

GAYA HIDUP
March 13, 2019 - 03:39 PM


Salah satu ‘musuh’ atau perkara yang menghilangkan modd semasa travel adalah keadaan cuaca. Kalau di Eropah atau negara yang ada musim sejuk, suhu yang terlampau sejuk akan membuatkan kita banyak habiskan masa di bilik.

Kalau di belah-belah Asia ni, kita ada panas atau hujan sahaja. Biasalah, kalau panas kita boleh gagah lagi. Kalau hujan atau basah tu yang selalu bermasalah. Bukan masalah apa, cuma biasalah bila dah travel, mesti bawak banyak gajet.

Selalu masa travel, setidaknya ada telefon, powerbank, kamera dan selain-nya. Paling sempoi mesti ada sebuah telefon kan?

Selain hujan, satu perkara yang kita risaukan adalah keselamatan barang-barang peribadi ini semasa nak mandi kolam renang atau laut. Kalau dibawak kelaut, basah rosak lah pulak. Nak tinggal di bilik, sayang nanti tak dapat snap gambar.

Korang rasanya tak payah pening lagi lepas ni sebab All Terrain Travel Short adalah penyelesaiannya.

Seluar yang diperbuat daripada polyester ini didatangkan dengan poket khas yang kalis air pada bahagian kanan. Lebih menarik, ia mampu menahan sehingga kedalaman 30 meter. Dah boleh buat diving!

Selain material yang kalis air, bahagian penutup poket diperkemas dan dilengkapi dengan magnet supaya ianya sentiasa tertutup rapi walaupun pengguna melakukan aktiviti lasak seperti berenang, trekking dan sebagainya.

Dijual pada harga 60 Euro, All Terrain Travel Shorts ini boleh dipesan melalui laman web Kickstarter dan didatangkan dengan 3 pilihan warna dan tersedia untuk wanita dan lelaki. 

Nota Editor : Rasa macam tak berbaloi, sebab kalau fikir logic dia hanya macam jahitkan beg kalis air dalam poket seluar berkenaan. Baik korang beli beg telefon kalis air RM5 tu je dekat Mr Diy. Hehehe.