Kamera Aksi Tahan Lasak Casio, Nampak Macam G-Shock Berlensa

GAYA HIDUP
November 22, 2017 - 04:02 PM


Casio keluarkan kamera aksi yang saling tak tumpah macam jam ikonik mereka iaitu G-Shock. Walaupun namanya diambil daripada rangkaian telefon pintar keluaran Casio, tetapi bentuk kamera aksi ini menggunakan rupa jam tahan lasak mereka.

Walaupun GZE-1 ini bukanlah kamera aksi yang paling bagus, dengan kemampuan merakam 1080p pada 30fps, 480p pada 120fps dan gambar hanya 6 megapixel tetapi kamera ini mempunyai ciri kalis air sehingga kedalaman 50 meter (164 kaki) dan 4 meter (13 kaki) shockproofing, ia merupakan salah satu kamera yang paling tahan lasak.

 

Dari segi pelancaran dan harga pula, pihak Casio masih belum mengeluarkan tarikh pelancaran serta harganya untuk pasaran dunia namun kamera ini dijual pada harga 46ribu yen di Jepun. Jadi, kalau masuk Malaysia, mungkin anggaran harga ialah sekitar RM 1700.

Anda rasa berbaloi tak? Atau, baik beli GoPro je…

 

Sumber : The Verge