Kapal Titanic II Bakal Berlayar Tahun 2022

GAYA HIDUP
November 12, 2018 - 03:36 PM


Kapal RMS Titanic yang karam sekitar tahun 1912 adalah peristiwa kapal karam yang paling epic sehinggakan difilemkan. Mana tidaknya, pada waktu itu, RMS Titanic dikatakan sebuah kapal yang tidak akan karam oleh pembuatnya.

Selepas 100 tahun, iaitu pada tahun 2012, sebuah projek untuk ‘menghidupkan’ kembali Titanic telah diumumkan oleh Clive Palmer. Pengumuman daripada usahawan Australia ini sudah tentulah membuatkan satu dunia menantikan hasil akhir projek tersebut.

Walaupun pada 2015, projek ini hampir pasti dibatalkan kerana masalah kewangan tetapi Clive mengeluarkan kenyataan yang Titanic II bakal berlayar daripada Dubai ke New York pada tahun 2022.

Pelayaran yang akan mengambil masa 2 minggu ini akan menggunakan laluan asal kapal Titanic pada tahun 1912 yang lalu.

Difahamkan, pelayaran tersebut bakal membawa jumlah penumpang dan anak kapal yang sama dengan RMS Titanic iaitu 2,400 penumpang dan 900 anak kapal. Lebih menarik, reka bentuk luaran dan dalam kapal Titanic II adalah diinspirasikan dan sengaja direka persis seperti Titanic yang asli.

Gambar Arkib - Bahagian Dalaman RMS Titanic

Menurut laman web Blue Star Line, pengendali pelayaran Titanic II nanti, kapal tersebut akan berhenti di pelabuhan yang sama seperti RMS Titanic termasuklah Southamton dan New York. Selain itu, ia juga akan mempunyai 3 kelas yang sama sepeti kapal asal iaitu Kelas Pertama, Kedua Dan Ketiga.

Buat masa ini, tiket masih belum dijual tetapi katalah korang berminat, korang boleh ke laman web Blue Star Line.