Kasih Seorang Ayah, Sanggup Berlari Demi Menyambut Anaknya Yang Rebah Dalam Perbarisan

GAYA HIDUP
July 22, 2022 - 11:16 AM


Viral di media sosial, beberapa keping gambar dan video yang memaparkan satu kejadian yang cukup menyentuh hati. Seorang pegawai polis yang rebah dan dipeluk oleh seorang lelaki tua ketika berada dalam perbarisan.

Kejadian tersebut berlaku semasa sambutan Hari Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang diadakan di Maktab Penjara Kajang, Selangor.

@zamanajmain Kasihnya Seorang Ayah #kpdnhep #tamatlatihan #fyp #fy #fypシ #fypシ゚viral #content #contentcreator #xybca #tiktok #tiktokmalaysia #cikgupenjara #henrygurney #youtube #zamanajmain ♬ Yasir Lana - arief akdw

Pemuda tersebut, Nik Mohamad Adhar mengatakan bahawa beliau telah mencuba untuk menahan diri dengan duduk perlahan-lahan dan kemudiannya baring di tengah padang. Disebabkan itu, tindakan spontan seorang lelaki tua yang berbaju Melayu merah jambu terus berlari ke arahnya tanpa berkasut mencuri perhatian ramai.

Ternyata, lelaki digelar Abah itu, Abdul Aziz Ya’acob dan merupakan bapa saudaranya yang telah menjaga dirinya sejak berusia tiga bulan lagi kerana Nik mengatakan yang dia anak yatim piatu sejak kecil.

Detik Nik Mohamad Adhar diangkat dan dipeluk selepas rebah ketika acara kawad sempat dirakam jurugambar dan dimuat naik di Facebook oleh Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Destination: