Kasut ‘Rare’ Pharrell Williams x adidas Originals Hu NMD Hanya Ada Dua Pasang Di Dunia

GAYA HIDUP
December 13, 2017 - 01:37 PM


Sebuah butik di New Jersey iaitu Soled Out dikatakan mempunyai antara kasut yang paling ‘rare’ di dunia.

Seperti model Yeezy yang terkenal kerana Kanye West, seorang lagi artis terkenal iaitu Pharell Williams berkerjasama dengan Adidas bagi mengeluarkan serta mereka koleksinya tersendiri.

Walaupun model NMD ini telah lama berada di pasaran, tapi menurut khabar angin, model yang berwarna hijau mint ini hanya ada dua pasang di dunia!

Selain penjenamaan siri NMD ini sering menggunakan warna-warna cerah dan terang, perincian tulisan cina yang melambangkan humanity turut terpapar dibahagian atas kasut.

Sekiranya anda memakai saiz 9, anda bolehlah berkira-kira nak dapatkan kasut ini. Disebabkan hanya ada dua sahaja dalam dunia, jadi harganya pun tak adalah macam NMD biasa.

Kasut ini dikatakan dijual di event Complexcon dengan harga 12ribu USD. Ataupun, hampir RM 50 ribu! Fuhh… Kalau ada duit lebih tak tahu nak beli apa tu mungkin boleh kot nak beli…

 

Sumber : Hypebeast