Keburukan Memakai Seluar Ketat Yang Ramai Tak Tahu…

GAYA HIDUP
April 13, 2018 - 11:20 AM


Fesyen seluar ketat seperti skinny, slim fit dan lain-lain merupakan trend pemakaian masa kini. Tak kiralah lelaki mahupun gegadis luar sana, sekurang-kurangnya mesti ada sepasang seluar ketat ni.

Selain trendy, pemaikaian seluar yang fit secara tidak langsung membuatkan seseorang tu nampak bergaya dan tampak lebih muda. 

Walaupun ia merupakan ‘fashion statement’ masa kini, tapi kalau boleh kita kurangkanlah pakai seluar ketat ni sebabnya ia boleh membayakan dan memudaratkan kesihatan.

Menurut Ketua Unut Fisioterapi PPUKM, terdapat 5 kesan buruk memakai seluar ketat ini patut korang tahu.

 

#1. Kesan Buruk Pada Sendi & Saraf

Tekanan tinggi yang dikenakan terhadap sendi dan saraf semasa mengenakan seluar ketat ini boleh menyebabkan kebas di beberapa bahagian terutamanya peha, dan pelvis.

Selain itu, kadang-kadang ada yang akan berasa sakit mencucuk, dan sangat sensitif apabila tersentuh. Ini akan berlaku apabila kita melakukan pergerakan yang perlukan kita meregangkan badan seperti bongkok ke hadapan, mencangkung dan lain-lain.

 

#2. Penyebab Kanser

Kanser kulit yang dikenali sebagai Melanola boleh berlaku kepada pemakai. Antara tanda-tanda awal adalah muncul tanda hitam pada kulit.

Sekiranya korang perasan ada perubahan pada warna kulit, sila berjumpa dengan doktor.

 

#3. Fungsi Rahim Terganggu

Selain menganggu perjalanan dan peredaran darah, fungsi dan keadaan wanita akan terganggu dan ini boleh membahayakan.

 

#4. Postur Pinggul Terganggu

Keadaan ini kebiasaannya berlaku kepada wanita. Ia akan lebih berbahaya sekiranya seluar ketat dipakai bersama kasut tumit tinggi. Kerana tekanan yang dialami, postur pinggul akan terganggu.

 

#5. Menghalang pembiakan sperma

Untuk lelaki pula, penghasilan sperma boleh berkurangan dan terganggu. Ini berlaku sekiranya orang kerap memakai seluar ketat.

Memang ia fesyen, tapi kalu dah sampai menghalang pergerakan, boleh datangkan bahaya, bolehlah kurangkan...