Kecoh Isu Ibu Bapa Anti Vaksin di TV Al Hijrah - Teruk Dr Nurul Huda Kena Hentam!



Minggu lepas satu program ANALISIS di TV Alhijrah telah banyak membuka pandangan kita tentang isu Vaksin di Malaysia. Golongan ibu bapa yang menolak Vaksin di Malaysia semakin lama semakin meningkat, justeru kadar kematian semakin bertambah.

Walaubagaimanapun dengan bukti statistik yang menunjukkan Vaksin begitu penting buat bayi nampaknya tidak membuka mata golongan yang menolak Vaksin. Mereka masih lagi menolak program oleh kerajaan untuk baju mendapatkan Vaksin. 


Dato Dr. Musa Mohd

Berdasarkan bual bicara bersama Dr Nurul Huda dan Dato Dr. Musa Mohd, ramai membuat andaian yang panel jemputan Dr Nurul Huda teruk dihentam tentang fakta-fakta yang dikeluarkan. 

Berikut adalah sebab-sebab kenapa pendapat Dr Nurul Huda tidak membuktikan yang program vaksin tidak memberi kesan yang positif

1. Sejak beberapa hari lepas, saya ada beritahu rakan-rakan doktor, apa sebenarnya yang dimahukan di akhir rancangan ini nanti. Saya bimbang bila antivaksin diberi peluang ke udara secara langsung untuk menyampaikan idea mereka.Tapi saya silap. Wakil mereka itu langsung tak ada idea!

2. Perbincangan dimulakan dengan menghuraikan fungsi vaksin oleh Dr Huda. Kemudian Dr Huda menjawab soalan Finaz yang ada anaknya divaksin, ada yang tak divaksin dan macam mana Dr Huda boleh terjerumus ke arah menolak vaksin. Dr Huda terima vaksin. Ada anak yang divaksin. Ada yang tak divaksin. Apa pegangan beliau sebenarnya? . Dato Dr Musa tak perlu diperkenalkan pun. Satu dunia kenal beliau. 1-0.

3. Dato Dr Musa jelaskan vaksin ini bukti melindungi kita semua, dengan ambil contoh Polio. Bila dijangkiti Polio, 5% akan mati, kalau tak mati 95% anda akan lumpuh. Bila diberi vaksin, kita hampir berjaya lenyapkan Polio. Nigeria negara paling baru bebas Polio. Target 2018 untuk dunia bebas Polio belum tercapai sebab Afghanistan dan Pakistan belum bebas lagi. 2-0.

4. Isu rujukan antivaksin iaitu Wakefield. Dr Nurul kata tak bersedia dengan isu ini. . Dr Musa balas mudah. Eksperimen Wakefield tidak ada "reproducibility". Wakefield sorang je yang buat. Mulanya ada 12 orang author terlibat, 10 tarik diri. Sampai sekarang tak ada kajian MMR sebabkan autism. 3-0.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

2014 adalah tahun saya mula mengkaji tentang gerakan anti vaksin/pro choice. Saya membuat laporan khas untuk @beritaalhijrah ketika itu. Saya dapatkan Pro Choice, Doktor & Agamawan untuk mengulas. Selepas berminggu2 kajian, berhari-hari mendengar sudut pandang pro choice, agamawan & doktor,sudah tentu saya memperoleh maklumat yang credible. Dan akhirnya INILAH KEBIMBANGAN UTAMA saya sebagai rakyat Malaysia & seorang Ibu. Kadar Liputan Immunisasi Negara . Apa akan berlaku jika Liputan Immunisasi terus jatuh? Ia bermakna Herd Immunity atau Kelompok Immuniti makin kurang & wabak akan MUDAH merebak! Selama ini kita tak dengar penyakit, difteria, measles sebab our herd immunity kuat berikutan lebih 95% Malaysian mengambil suntikan vaksin. Namun gerakan pro choice telah 'melonggarkan' kelompok immuniti ini. Bagaimana saya mahu bersikap 'Neutral' apabila segala statistik kematian di Malaysia, Filipina, US, Britain dek wabak ini berpunca daripada kegagalan program vaksinasi di kawasan tertentu. Maaf. Saya tak mampu. Saya ada tanggungjawab di sini. Saya akan tetap berkata benar walau saya keseorangan. #betruthfulnotneutral #analisisfinazyunus #tvalhijrah #vaccinateyourkids

A post shared by Finaz Yunus (@finazyunus) on

5. Isu aluminium dalam vaksin sebabkan autism. Dr Nurul tak kata aliminium dalam vaksin sebabkan autism. BANYAK LAGI FAKTOR katanya. Sedangkan benda inilah golongan antivaksin duk perjuangkan selama ini. Kena caras dengan geng sendiri nampaknya. . Dato Musa mencelah. Beliau buktikan kuantiti aluminium dalam vaksin terlalu sedikit nak dibandingkan susu ibu. Checkmate. 4-0.

6. Berapa kali Dr Huda jumpa kes AEFI? Sebagai freelancer, tak banyak jumpa pesakit, tak banyak jumpa kes (atau sebenarnya tak ada?). 5-0. . Lepas tu lari kepada isu keselamatan vaksin dan konsumerisme. Masa ini Dr Huda juga akui VAKSIN MENURUNKAN INSIDEN. 6.0.

7. Dato Musa jawab isu kematian dan vaksin. Ambil contoh budak perempuan mati lepas ambil vaksin HPV. Rupanya ada barah jantung. Di Mexico, beberapa orang mati lepas ambil vaksin tiga serangkai. Rupanya mati diaebabkan persekitaran tak bersih. Kesimpulannya mati bukan sebab vaksin. 7-0.

8. Isu AEFI. Dato Musa jelaskan anaphylaxis cuma 1 dalam 1 juta. Lumpuh dari polio vaksin cuma 1 dalam 2.5 juta. Kalau kita tak ambil vaksin influenza A, risiko mendapat GBS ialah 17 kali ganda daripada orang yang ambil vaksin. Kita tak tolak kesan-kesan sampingan ini, tapi ia adalah terlalu kecil. 8-0.

9. Giliran Dr Huda pula jawab AEFI. Beliau nak para doktor dan ibu bapa lebih alert untuk tahu itu ialah AEFI. Siap salahkan silibus masa belajar medik dulu tak terang detail pasal vaksin. Ini markah percuma untuk Dato Musa. 9-0. Silibus tak terang detail atau beliau yang tak tahu?

10. Siap nak terangkan pula pasal GPFKV. GPFKV untuk kegunaan dan kemudahan perawat, samalah macam garis panduan rawatan yang lain macam darah tinggi dan kencing manis. Kenapa tak suruh semua rakyat Malaysia baca yang itu sekali? Lagi markah percuma untuk Dato. 10-0. . Masa Dr Huda terangkan aEFI dari GPFKV, Dr Musa mencelah, bagitahu tentang update terkini jenis vaksin yang digunakan. Yang mana, AEFI itu tak mungkin berlaku sebab vaksin kita guna sudah lain. BOOM. Setepek kena sebab Dr Huda tak update tentang itu. 11-0.

11. Isu di Filipina. Respon Dr Huda - Tak tahu apa situasi, tak berbaloi untuk discussion. BOOM. Kes baru ni. Bukan kena naik mesin masa. Tak payah tunggu respon Dato Musa. 12-0.

12. Isu coverage vaksin. Masa ini Dr Huda dah lari jauh sangat dari soalan. Dr Musa mencelah. Bonus point untuk Dato sebab telinga kami semua dah bernanah dengan explaination yang menyimpang jauh dari Dr huda. 13-0. . US - Tahun 2000 tak ada kes. Tapi sejak 2015, US ialah outbreak terbesar campak kerana ibu antivaksin bawa anak pergi Disneyland dan jangkit orang lain. Malaysia - 2013 ada 190 kes campak, naik 10 kali ganda tahun 2018. Coverage drop 88%. Herd immunity makin drop. Australia - polisi No Jab No Play. Dalam 2 minit Dato cover Filipina, Malaysia, US, Australia. Well done Dato. 2 Extra points. 15-0.

13. Bila ditanya apa alternatif untuk ganti vaksin, Ini point paling SAILANG semua antivaksin. Dr Huda mengaku "saya tak kata vaksin ini tidak berkesan...". BOOM. 16-0. . Dr Huda cadangkan build up imuniti dalam badan dwngan makan yang bagus, exercise, matahari, kurangkan stress.......... Tapi baby nak exercise dan stress benda? 😂 17-0.


Dr Nurul Huda

14. Finaz tanya lagi, makanan sunnah untuk ganti vaksin, jawapan Dr Huda adalah DIGANDINGKAN vaksin dan makann sunnah. Ah sudah. Jadi vaksin ni kena ambil ke tidak? BOOM 18-0.

15. Bila ditanya nak rujuk siapa kalau WHO ditolak, fatwa muzakarah ditolak? Dr Huda tak jawab. Markah percuma. 19-0.

16. Kesimpulan Dr Huda - tak ada kesimpulan, masih nak sembang GPFKV lagi. Bila nak habis macam ni? . Kesimpulan Dato Dr Musa - program imunisasi di Malalysia adalah terbaik, terbukti keberkesanan dan keselamatannya. 20-0.

Setinggi-tinggi tahniah buat Dato atas kesudian Dato menjelaskan kepentingan dan kebaikan vaksin untuk masyarakat Malaysia amnya dan dunia khususnya. Alhamdulillah, semoga Allah mengurniakan kebaikan terhadap vaksin ini. InsyaAllah.