Kecoh Oktoberfest, Ini sejarah nya.

GAYA HIDUP
October 15, 2018 - 03:07 PM


Saban tahun hangat di persoalkan wajar atau tidak Oktoberfest dibiarkan menapak di Malaysia. Sesetengah pihak bersungguh-sungguh menentang manakala ada pihak yang berfikiran tiada salah nya. Tak kisah le anda sokong tau tidak tetapi sekurang-kurang nya ambil tahu lah tentang asal usul Oktoberfest.

Oktoberfest di Munich
Oktoberfest di Munich

Kisah nya bermula dari Putera Ludwig yang kemudiannya menjadi Raja Ludwid, Baginda telah berkahwin dengan Puteri Therese of Saxony-Hildburghausen pada tahun 1810. Mereka mengadakan perayaan sempena perkahwinan mereka di ladang berhadapan kota Munich. Acara penutup tradisi perayaan ini diakhiri dengan lumba kuda. Ini telah melahirkan Oktoberfest.

Putera Ludwig
Putera Ludwig

"mendapat sokongan dari syarikat-syarikat pembuat beer pada waktu itu"

Tahun yang berikut nya perayaan ini telah ditambah dengan expo pertanian. Kemudian baru di tambah dengan pelbagai hiburan carnival yang lain seperti perarakan berhias dan aktiviti kemasyarakatan yang lain. Pada masa itu hanya beberapa gerai sahaja yang menawarkan minuman beer. Akan tetapi lebih dari 85 tahun kemudian khemah-khemah besar didirikan dan menawar kan pelbagai jenis minuman beer oleh tuan-tuan tanah dan mendapat sokongan dari syarikat-syarikat pembuat beer pada waktu itu.

Maka penglibatan syarikat-syarikat pembuat beer lebih terserlah dari tahun ke tahun. Dan hanya beer yang dibuat di Munich sahaja yang dibenarkan dijual di Munich Oktoberfest. Oktoberfest kini sudah berkembang besar dan jauh tersebar ke serata dunia. Tetapi bukan seperti niat asal festival ini diadakan iaitu merayakan kegembiraan rakyat Munich akan perkahwinan putera mereka. Walau apa-apapun festival ini tiada kaitan dengan mana-mana nilai ketimuran dan dijadikan sebagai kuda tunggangan syarikat-syarikat beer untuk meningkatkan jualan produk mereka semata-mata.