Kelebihan dan Kebaikan "Power Nap" di Waktu Tengah Hari

GAYA HIDUP
June 25, 2018 - 03:25 PM


Waktu tidur yang berkualiti memang penting. Masa untuk sesorang itu tidur antara 7-9 jam bergantung kepada individu. Namun, apa yang ramai tidak tahu adalah "power nap" juga penting bagi mengembalikan tenaga terutama di waktu siang.

Power Nap sebenarnya satu perkara yang bagus dalam kehidupan seharian kita, jangan panik kalau ia terjadi kepada anda. Bukannya apa ada yang bernaggapan bahaya imun badan mereka lemah, tidak! Tapi nak buat power nap ada tempohnya sendiri, ia boleh menjadi satu keburukan jika terlalu lama

Power nap ialah perlakuan tidur sebentar antara 15-30 minit yang dilakukan untuk mengembalikan semula ketajaman minda dan 'physical performance'. Masa yang terbaik untuk melakukan power nap ialah pada waktu tengahari.

Bagi kita umat Islam, perkara ini bukanlah sesuatu yg asing kerana ia adalah satu sunnah yg dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Waktu terbaik adalah bergantung kepada masa yg kita ada dan bagi orang Islam, masa yg digalakkan untuk melakukannya ialah waktu sebelum Zuhur (Qailullah).

Banyak kajian menunjukkan tidur sekejap ini adalah sangat baik untuk minda, fizikal bahkan dari segi emosi. Sains menyarankan tempoh optima melakukannya adalah antara 15-20 minit sahaja.

Perlakuan ini tidak digalakkan dilakukan lebih dari itu kerana kajian juga menunjukkan tidur lebih lama di waktu tengahari akan menyebabkan otak anda lebih lambat untuk berfungsi secara optima semula seolah macam komputer yg lambat 'loading'. Jadi mungkin anda boleh amalkan ini.

Jadi korang yang terasa lemau di tempat kerja terutamanya bolehlah cuba power nap ni. tapi pastikan masa korang buat, rakan sekerja lain tak sibuk buat kerja.