Kenapa Nyamuk Suka Gigit Kau Padahal Ramai Lagi Orang Lain Kat Situ. Ini Info Yang Perlu Anda Tahu

GAYA HIDUP
July 17, 2017 - 10:11 AM


Pernah tak korang terfikir kenapa nyamuk ni asyik gigit kau jer. Padahal ramai lagi orang lain ada kat situ. Tu hahh Mak Cik Peah tu. Gemok dan sihat mesti banyak darah. Pergi je lah gigit dia. Aku dah lah keding macam ni pun masih teringin nak gigit. Darah pun mengalir macam air kerajaan musim raya. Nak tak nak jer.

Haa menurut kajian yang dijalankan. Bukan aku yang buat kajian, aku just terbaca some info about this. Selalunya orang yang lebih besaryang  mengandungi banyak CO2, orang yang suka minum alkohol dan orang yang orang yang kuat berpeluh akan lebih menarik minat serangga ini berbanding orang lain. 

Tapi sebenarnya genatic dan badan kita yang menentukan tarikan kepada serangga jenis ini. Biasanya 1 dalam 10 orang akan menarik perhatian nyamuk.

Kenapa hanya sesetengah orang je nyamuk gigit?

Pemilihan dibuat bukan sebab daya tarikah luaran. tak kiralah korang helok macam Fattah Amin ke buruk macam ehem ehem ke nyamuk tetap tak pandang semua tu. Macam kita sedia maklum hanya nyamuk betina sahaja yang akan menghisap darah sebab naymuk betina memerlukan darah mamalia untuk hasilkan telur. Jadi ofcouse lah mereka nak sumber yang terbaik untuk zuriat mereka. 

Nyamuk ni sangat memilih. Badan kita mengeluarkan sejenis bahan kimia yang hanya boleh dikesan oleh nyamuk. Menurut kajian nyamuk akan lebih tertarik kepada darah jenis O berbanding jenis lain. Menurut kajian yang dibuat 85% nyamuk memilih darah O berbanding A. 

Sebenarnya apa yang membuat nyamuk tertarik dengan korang ada banyak faktor salah satunya adalah jenis darah. 

Selain itu, jenis pemakan korang juga memainkan perasan penting dalam membuat pilihan kepada nyamuk untuk memilih. Kalau jenis suka makan cheese, soya, yoguart, jeruk dan orang yang suka buat exercise antara darah yang disukai nyamuk. Ini kerana mereka ini mempunyai banyak lactic acid di dalam kulit. 

Nyamuk pun pandai nak darah orang yang sihat2 jer.

Jadi persoalan yang bermain dalam fikiran korang mungkin terjawab. -Sumber