Kereta Bau Rokok? Hilangkan dengan 5 bahan ini

GAYA HIDUP
November 13, 2017 - 10:45 AM


Jika anda sering merokok dalam kereta, semestinya bau rokok akan melekat dalam kereta anda. Walaupun anda dah terbiasa dengan bau ini, sebenarnya, ia akan jadi kurang menyenangkan kepada penumpang anda.

Walaupun anda boleh menggunakan pelbagai jenis pewangi dan penyegar udara, namun bau tersebut tetap akan kekal di dalam kereta lagi-lagi jika kerusi atau kereta anda banyak kemasan fabrik.

Jangan bimbang, sebenarnya ada 5 bahan yang anda boleh gunakan untuk hilangkan bau rokok ni. Dan bahan-bahan ni sangat mudah didapati di mana-mana kedai runcit atau supermarket berdekatan.

 

1. Serbuk Kopi

Selain boleh digunakan sebagai scrub muka ataupun diletakkan pada bekas abu rokok, sebenarnnya serbuk kopi boleh digunakan untuk menyerap bau asap rokok. TInggalkan semalaman dalam mangkuk dan pastikan tingkap bertutup. Ulang dan gantikan serbuk kopi ini sehingga bau betul-bertul hilang.

 

2. Cuka

Tuangkan cuka ke dalam mangkuk atau gelas dan tinggalkan semalaman di dalam kereta anda. Cuka ini akan menghilangkan bau rokok yang melekat pada kereta. Kalau anda nak bau yang lebih segar, boleh perahkan sedikit lemon dalam larutan cuka tersebut.

Pastikan cawan atau mangkuk cuka ini dikeluarkan sebelum anda guna kereta esok hari ye, tumpah pulak nanti dalam kereta anda.

 

3. Kayu Manis

Kayu manis perlu direbuskan dan tinggalkan air rebusan serta beberapa batang kayu manis tersebut dalam kereta anda. TInggal sehingga air tersebut sejuk dan keluarkan cawan atau mangkuk berisi kayu manis itu dari kenderaan anda.

Kereta anda akan berbau lebih manis selepas ini.

 

4. Kulit Buah-Buahan Sitrus.

Ini merupakan petua yang paling popular. Jika anda suka akan bau-bauan citrus, anda boleh kitar semula kulit buah-buahan seperti lemon, limau oren dan sebagainya. Kumpulkan kulit tersebut dalam satu bekas atau cawan dan tinggalkan di dalam kereta dengan tingkap yang tertutup.

Anda nak selerakkan dalam kereta pun boleh juga. Kulit buah-buahan citrus ini akan menyerap segala bau-bauan yang tak best dalam kereta anda tu.

 

5. Arang

Untuk bauan yang lebih neutral, ketulan arang boleh digunakan. Simpan dalam beg yang kecil di bahagian bawah atau belakang tempat letak kaki. Arang ini akan bertindak sebagai penyerap bau. Selain daripada bau rokok, arang juga boleh menyerap bau-bau lain yang tak best dalam kereta anda.

 

p/s : kalau nak hilang terus… Berhenti je merokok… hihihihi, ataupun gunakan alternatif macam vape ke.. at least vape bau wangi…