Ketagihan Bermain Permainan Video Dikategorikan Sebagai Ganguan Mental

GAYA HIDUP
December 29, 2017 - 04:22 PM


Menurut senarai semak yang dikemaskini oleh Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) untuk menghadapi tahun 2018, penyakit melibatkan bermain permainan video secara berlebihan telah mencuri perhatian ramai.

Menurut WHO, pada 2018, ketagihan kepada permainan video akan dispesifikasikan sebagai sejenis gangguan mental.

Label yang tersedia adalah ‘Gaming Disorder’ dimana simtom yang dikatakan adalah apabila seseorang itu mempunyai corak tingkah laku permainan yang berterusan atau berulang.

Diskripsi ini termasuklah permainan digital dan video sama ada online atau offline.

Isu ini dikatakan timbul apabila terdapat banyak kes yang dilaporkan bahawa penghidap gaming disorder ini tidak dapat mengawal diri mereka apabila bermain dan sentiasa meletakkan keutamaan kepada permainan video tersebut berbanding aktiviti lain seperti manusia normal.

Menurut WHO. Jika sesi permainan kasual hujung minggu ataupun malam itu belum dikelaskan sebagai gangguan.

Tetapi, sekiranya setiap malam dihabiskan dengan bermain video game dan bantuan kopi supaya tidak mengantuk, itu adalah masalah yang serius.

Klasifikasi Penyakit Internasional WHO ini dikeluarkan untuk mengenal pasti trend kesihatan dan statistik di peringkat global dan piawaian antarabangsa untuk melaporkan penyakit dan keadaan kesihatan "dan digunakan oleh pelbagai doktor dari seluruh dunia.

 

Sumber : Insider