Ketepi Sikit Samsung, LG Datang Dengan Telefon 16 Kamera!



Kamera utama merupaka salah satu faktor yang membuatkan telefon itu dibeli oleh pengguna. Kalau sebelum ini, Samsung boleh dikatakan ‘champion’ sebab hasilkan telefon yang menggunakan empat kamera utama pada Galaxy A9 baru-baru ini.

Nampaknya, ‘perang’ siapa lebih banyak kamera utama dibawakan lagi satu level ke atas apabila LG mempatenkan telefon dengan enam belas kamera. Ya, anda tak salah baca, dan ini bukanlah typo, enam belas kamera utama!

Diinspirasikan oleh mata lalat, paranti terbaru daripada LG ini boleh mengambil gambar dari pelbagai arah secara serentak. Pengguna kemudian boleh memilih gambar yang terbaik untuk digunakan. Lebih menarik, sudut pandangan gambar boleh juga diubah selepas gambar diambil.

Untuk selfie pula, terdapat cermin yang disediakan untuk memudahkan korang dapatkan selfie yang on-point!

Walaubagaimanapun, LG hanya mempatenkan 16 kamera. Mereka belum mendedahkan perancangan penuh mereka termasuklah nama model telefon terbaru terbabit. Menurut laman web LetsGoDigital, selain paten tersebut berkemungkinan akan ada paparan kedua di bahagian belakang telefon LG berkenaan. Namun, ianya tidak didedahkan dalam ilustrasi yang diperolehi.