Khas Untuk Suami Jenis-Jenis Bra Yang Korang Perlu Tahu Jangan Main Hentam Jer



Sebelum kahwin memang tak nak ambil tahu pun semua benda ni. Dimata lelaki semua bra sama je yang berbeza hanya saiz. Tapi tahukan korang bra-bra ini semua ada jenis? Maksud kami bukan jenis jenama semua tu tapi jenis bra yang dimaksudkan adalah bra yang dipakai harian.

Kenapa wajib tahu?

Supaya boleh bezakan bra pakai kat rumah, bra tidur malam dan bra pergi kedai beli sardin dan sawi.

Baca ya abang-abang.

1. Bralette

Bralette merupakan salah satu jenis bra tanpa kawat namun lebih merujuk ke sisi fashion daripada fungsinya Saat ini bralette tidak hanya menjadi pakaian dalam saja namun juga bisa dikenakan sebagai pakaian sehari-hari yang trendy.

2. Push Up

Push Up bra ini sebenarnya lebih kurang sahaja dengan bra-bra biasa, namun kebiasaannya push up bra ni dipakai untuk mereka yang mempunya saiz buah dada yang kecil dan sederhana bagi menampakkan buah dada kelihatan lebih besar dan seksi.

3. Demi

Bra ini bermodelkan half cup dengan strap yang agak lebar yakni sesuai digunakan dengan berpakaian potongan dadanrendah. Fungsinya mengangkat payudara seperti bra push­up.

4. Plunge

Bra ini sesuai digunakan apabila memakai pakaian berpotongan dada yang sangat rendah. Bra ini mirip dengan Demi Bra, perbezaannya hanyalah pada bahagian tengahnya lebih rendah daripada Demi Bra. 

5. Balconette

Potongan cup lebih rendah, membentuk payudara dan memberi penampilan seperti memakai corset.

6. Full Cup

Bra yang menutup seluruh payudara dan dapat menopang payudara dengan maksimal. Bra jenis ini cocok untuk dipergunakan sehari-hari.

7. Bandeau

Bra ini adalah bra yang sesuai untuk dipakai ketika tidur karana ianya tanpa tali dan kawat. Hanya kain yang memiliki cup yang dililitkan di sekitar payudara. Bra ini membantu dalam pernafasan ketika tidur.

8. Strapless

Bra ini tanpa tali sesuai digunakan dengan pakaian yang menampakkan bahu seperti halter neck, tube top/dress dan lain-lain. 

9. T shirt

Bra ini tidak mempunyai sambungan /pencangkuk bra. Sesuai digunakan untuk memeakai T­shirt yang ketat. Material bra inii diperbuat daripada bahan yang sangat lembut sehingga tidak ketara kelihatan apabila memakai T­shirt ketat

10. Minimiser

Bra ini membantu membentuk payudara kelihatan 1­-2 cup lebih kecil. Fungsi Bra ini sangat sesuai dan selesa digunakan oleh para wanita yang berpayudara besar dan apabila memakainya,payudara akan kelihatan kecil dan kemas

11. Convertible

Tali bahu boleh ditanggalkan, dan boleh digaya dgn pelbagai cara, boleh dipakai tanpa tali (utk baju tanpa lengan atau tube)

12. Sports

Bra ini khas untuk wanita­wanita yang aktif bersukan. Material bra ini dibuat daripada bahan­bahan yang boleh menyerap peluh. Fungsi­ Menutup dan menjaga payudara dengan baik ketika bersukan.

*****

Sebenarnya banyak lagi jenis-jenis bra. Tapi cukup lah 12 jenis ni. Ini pun kami percaya abang-abang yang baca pun dah kusut. Apa hal banyak sangat ni? Tak boleh ke diseragamkan jer. Macam lelaki seluar dalam hanya satu jenis je. Nak main boleh pun yang tu lah kau pakai nak gi kerja pun yang tu pakai cuma nak tidur je tak pakai. Eh

Ha abang-abang tu kalau nak belikan bra kat bini jangan main beli jer.