Khasiat Dan Kelebihan Kacang Pistachio Sehingga Menjadi Makanan Pelajar Tahfiz
GAYA HIDUPTahukah anda pistasio merupakan makanan kaum bangsawan zaman Romawi kuno. Pistasio merupakan sejenis makanan para ahli genius dahulu dan kini. Ia berasal dari negara Timur Tengah dan Asia. Pistasio (Pistacia Vera) atau dipanggil ‘Pistachio Nuts adalah sejenis tumbuhan kekacang dari keluarga Anacardiaceae yang popular. Kekacang ini mempunyai khasiat tersendiri seperti zat besi, folat, kalium, niasin, riboflavi dan zink. Ia juga juga dapat menguatkan ingatan dan memori.
Kacang pistasio kaya dengan nutrien yang memberi manfaat kepada jantung dan sistem peredaran darah dan mengandungi hampir 90 peratus lemak tak tepu, dan juga dikenali sebagai “lemak baik” yang boleh membantu meningkatkan HDL kolesterol. Malah, phytosterols dalam kacang pistasio sebenarnya menghalang penyerapan “lemak jahat”.
Pistasio mengandungi anti oksidan, kolesterol yang lebih rendah dan arginina iaitu bahan yang mengurangkan pembentukan plak dalam arteri. Kacang ini mempunyai sumber lebih daripada 30 vitamin, mineral dan fitonutrien yang memberi manfaat untuk kesihatan anda. Selain itu, kacang ini dapat mencegah penyakit kanser, melindungi sistem saraf, membantu menjaga berat badan, menjaga kesihatan mata, menutrisi kulit, membantu sistem pencernaan dan menurunkan risiko diabetes.
Kacang Pistachio merupakan makanan kaum bangsawan zaman Romawi kuno. Kacang pistachio, adalah merupakan sejenis makanan para genius dahulu dan kini.
Bagi pelajar tahfiz, kacang pistachio dan buah kismes memang tidak dapat dipisahkan kerana makanan ini mempunyai rasa yang lazat serta khasiat yang elok untuk akal fikiran kita.
Memang harganya lebih mahal. Di Kuala Lumpur kalau beli borong harganya RM 70 setiap 1 kg. Kalau beli yang dah siap dalam peket kecil (50 gram) harganya antara RM 3 ke RM 3.20 sen. Namun kerana khasiatnya yang baik apalah sangat dengan harga. Sebab ia mahal sebab pokoknya tak tumbuh kat Malaysia.
Selain ianya banyak khasiat, kacang ini juga sangat sedap dimakan ketika menonton TV. Haha satu paket tu sekejap jer habis. Kalau adik beradik pau kacang ni boleh buat gaduh tau.