Khemah Rekaan The North Face – ‘Masterpiece’ Dunia Perkhemahan Moden.

GAYA HIDUP
February 09, 2018 - 02:23 PM


Menerapkan prinsip ‘do more with less’, khemah Geodome 4 ini boleh memuatkan empat ornag dewasa dalam bentuknya yang unik dan menarik selain dapat bertahan dalam cuaca extreme di Jepun.

Walaupun kelihatan reka bentuknya agak rumit, namun struktur khemah tersebut sebenarnya amat mudah untuk didirikan. Selain itu, dikatakan bahawa berat khemah tersebut hanyalah 11 kg, namun boleh memuatkan ramai orang.

Geodome 4 ini hadir dengan 2 pilihan warna, iaitu putih dan kuning. 

Dibangunkan di Jepun, Geodome 4 ini mempunyai lapisan dalaman dan struktur serta rekabentuk yang unik. Bentuk dome ini mampu memberikan suasana seolah-olah berada di dalam rumah kerana keadaan khemah yang luas dan tinggi.

Keluasan tapak khemah ini adalah 230cm x 218cm manakala ketinggiannya pula adalah 210cm dan sudah tentu anda tiada masalah untuk berdiri di dalam khemah ni nanti.

 

Sumber : designboom | Photo credit : The North Face