KL Underground Best Giler - Acara Sihat dan Selamat Untuk Kaki Kereta



Sabtu lepas kita orang mendapat jemputan untuk menghadiri acara perhimpunan peminat-peminat kereta. Bernama KL Underground Meet and Greet, acara ni berjaya mengumpul lebih 700 buah kereta pelbagai jenama, model dan tahun pembuatan. Apa yang lebih menarik pemilik kereta mengubahsuai kereta masing-masing mengikut citarasa mereka sendiri.

Kitaorang sampai dalam pukul 2 petang dan sudah tersusun berpuluh-puluh kereta tempatan dalam pelbagai keadaan modifikasi. Tidak lupa juga kereta-kereta berprestasi tinggi dan mewah, antaranya Lamboghini, Porsche, BMW, Mercedes, dan Audi. Koleksi JDM juga tidak ketinggalan, dari Integra Type R, sampailah yang terbaru sekali FK2. Nissan GTR BNR32 hingga GT-R pun ada.

Tetapi ada juga jentera-jentera yang unik. Kami terjumpa Jeep Wrangler TJ berenjin Nissan RB. Lepas tu ada pula Proton Juara berkonsepkan "Camper". Memang kreatif betul mereka ni. Dah cukup kita ronda kitaorang beralih ke trek Gymkana. Terbuka untuk apa jua kereta dan percuma tanpa had. Dari yang bawak Kancil dan Savvy sampailah ke SUV Audi.

Takmau banyak cerita lagi lah... korang jamah lah gambar-gambar yang kami ambil.