Koleksi Vans x NASA Bakal Berada Di Pasaran Pada November



Awalnya, beberapa gambar sneaker Vans Old Skool bertemakan NASA telah ‘bocor’ di internet pada April tahun ini dan seperti kebiasaan, bila ada gambar yang leak ni, maka peminat dan pengumpul sneakers menjadi semakin tak sabar menunggu produk sebenar dilancarkan.

Vans kemudiannya mengesahkan yang mereka ada mengadakan kerjasama bersama NASA. Sebelum ini, kami ada juga ceritakan tentang jam tangan NASA yang hanya ada 60 unit di dunia.

Berita baik buat korang, tak kiralah pengumpul atau memang peminat sneakers, Foot Locker Europe mengesahkan melalui kalender mereka yang empat daripada koleksi Vans x NASA ini akan di-release pada 2 November.

Dua model untuk lelaki – the Old Skool dan Sk8-Hi manakala dua lagi untuk kanak-kanak iaitu model Classic Chekerboard dan Sk8-Hi MTE.

Ada beberapa akaun Instagram yang selalu kongsi gambar-gambar leak model ni dah tunjukan kesemua koleksi dan ianya termasuklah beg. Ini berkemungkinan betul dan mungkin akan berubah, tapi menurut gambar, inilah kesemua koleksi yang bakal dilancarkan melalui kerjasama Vans x NASA.