KOMACI Bersiap Sedia Membawa Arus Baru Dalam Pemasaran Pengaruh Mikro



Seperti kita semua sedia maklum revolusi media social telah mengubah gaya hidup masyarakat global. Pelbagai peluang positif telah terhasil dari perkembangan bidang teknologi ini dan ia kini berkembang pesat. Jika korang yang kerap di media social semestinya tahu tentang apa yang kami maksudkan.

 

Baru-baru ini sebuah syarikat Malaysia telah melancarkan platform pengurusan pemasaran khusus untuk Pengaruh Mikro bernama KOMACI yang menyatukan korang dengan pelbagai jenama-jenama produk dan perkhidmatan didalam dan juga luar negara. Maka kami pun pergi lah menghadiri majlis pelancaran minggu lepas. Memang penuh lah tempat tu dengan influencer yang telah berdaftar dengan KOMACI. Encik Ben Wong, Ketua Pegawai Eksekutif Ace Media Network berkata “Tumpuan utama KOMACI adalah untuk memudahkan pemilik dan syarikat jenama menguruskan portfolio influencer bagi jenama-jenama mereka supaya pemilihan infleuncer dangan kempen menjadi lebih tepat dan kos efektif.”

 

Bagi mereka yang berpengaruh di media sosial dengan mendaftar dengan KOMACI membolehkan korang pilih “job” yang korang nak buat berdasarkan maklumat terperinci yang telah diberikan pemilik jenama tersebut. Ikut je arahan, post ke akaun media social dan link kembali ke aplikasi, selebihnya di uruskan sistem canggih ini. Setelah selesai tempoh kempen korang akan terus dibayar secara otomatik tanpa was-was. Haa… best tak? Fokus utama KOMACI adalah untuk memudahkan kerja anda. Tidak lagi perlu membuat "sales" dan bertemu jenama untuk berurusan. Kesemuanya diuruskan melalui aplikasi KOMACI.

"Setakat ini sudah lebih 3 ribu Influencer berdaftar menggunakan KOMACI untuk meraih pendapatan sampingan."

 

KOMACI bukan hanya terhad untuk Malaysia sahaja, Ia sudah pun beroperasi di Thailand dan menurut En. Ben Wong mereka akan meluaskan sayap ke Indonesia, Vietnam dan negara-negara Asia Tenggara yang lain dalam jangka masa terdekat. Setakat ini sudah lebih 3 ribu Influencer berdaftar menggunakan KOMACI untuk meraih pendapatan sampingan diantara mereka adalah RafzantomomiFaarain, Effendyjailani dan ramai lagi. Apa lagi yang korang tunggu? Applikasi dan pendaftaran percuma, cuma perlu muat turun je dari Google Play dan Apple App Store. Link ada dibawah;

Get it on Google Play

Nak tahu lebih lanjut sila lah ke laman web KOMACI. https://komacinetwork.com/my