Komik/Majalah ‘Legend’ Di Malaysia Satu Masa Dahulu, Siapa Ada Lagi Sekarang Ni Kira 'Rare' Habis!!

GAYA HIDUP
February 20, 2018 - 05:11 PM


Komik dan majalah merupakan salah satu bahan bacaan santai yang popular di dunia. Baik yang berbentuk hiburan, gaya hidup dan sebagainya.

Namun, sejak adanya kemudahan seperti internet dan media sosial, bahan bacaan bercetak seperti komik dan majalah boleh dikatakan dah tak diminati lagi. Malah ada syarikat penerbitan yang dah ‘gulung tikar’ kerana sudah tiada sambutan.

Kalau anda kaki majalah atau komik, cuba cari balik koleksi anda tu, mesti ada atau anda pernah baca salah satu daripada majalah dan komik legend di Malaysia ni… Lagi-lagi kalau anda lahir pada zaman 80-an dan 90-an.

 

#1. Mangga

Mangga merupakan majalah hiburan yang menyajikan pelbagai cerita dan gossip artis. Selain pada itu, majalah manga juga terkenal dengan satu ‘trademark’ photoshoot  iaitu bergambar di kolam renang.

 

 

#2. Mutiara Naga

Boleh dikatakan setiap minggu, pelajar sekolah atau dewasa pun akan sanggup ke kedai menjual buku terdekat untuk cari isu terbaru Mutiara naga ni.

Zaman tersebut tak ramai yang ada komputer dan zaman tersebut goku memang ‘trend’ selain dari ‘Pedang Setiawan’ dan mana ada Facebook lagi masa tu, ada pun mIRC. Hehehe…

 

#3. Doraemon

Komik Doraemon jugak popular satu masa dahulu, sebelum ianya masuk TV setiap hari Ahad pukul 7.30 malam kalau tak silap.  Tapi, pada masa tu, walaupun dah ada dekat TV, masih orang beli komik Doraemon dan buat koleksi.

Kalau zaman sekarang, dia macam kita tunggu ‘Lawak Kampus’ lah…

 

#4. Galaxie

Majalah hiburan yang popular dalam kalangan pelajar sekolah pada zaman dulu. Satu sebab harganya murah, kedua sebab konsepnya yang trendy. Selain tu, setiap isu Galaxie ni akan ada poster dan lirik lagu.

Maklumlah, zaman internet belum ada, terpaksalah beli majalah kalau nak lirik lagu… Masa ni, suka tunggu isu bulan Januari dan Disember je. Sebabnya, bulan Disember ada kalender, bulan 1 pulak, dari muka surat 1 sampailah habis penuh poster artis saje.

 

#5. Anak-Anak Sidek

Ha, komik anak-anak sidek ni merupakan salah satu komik tempatan yang memang power. Siapa taknak tahu perkembangan Bun dan adik beradiknya masa tu dan cerita dalam komik tersebut dikatakan diambil dan dioleh dari kisah sebenar dari kehidupan keluarga Hj. Sidek. Ikon sukan badminton Malaysia.

 

#6. Mastika

Majalah mastika ni masih ada sampai hari ini. Pada awal-awal kemunculan mastika dulu, selalu banyak kisah seram dan mistik. Antaranya cerita pasal Puteri Bunian, Bigfoot dan macam-macam lagilah.

Tak hairanlah pada masa itu, pergi mana-mana rumah pun mesti ada senaskah mastika.

 

#7. Ujang/Gila-Gila

Kalau dua majalah dan komik ni tak perlu lah dicerita panjang lagi. Boleh dikatakan semua akan tertunggu dan ternanti setiap isu majalah ni. Lagi-lagi kalau isu ‘bumper’ raya dan sebagainya.

Kartunis seperti Gayour, Lepat, Ciku dan Ujang sendiri selalu menghasilkan karya yang best-best.

Selain itu tak ramai yang tahu sebenarnya watak ‘Din Beramboi’ juga adalah watak yang dicipta oleh Ujang dalam majalah Gila-Gila dan terbaru, watak 'Jibam' yang diangkat menjadi filem..