Langkah Mudah Bayar Zakat Fitrah Secara Online

GAYA HIDUP
June 08, 2018 - 04:20 PM


Kurang lebih seminggu sahaja lagu umat Islam di seluruh dunia dan khususnya di Malaysia bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. Selain daripada ibadah puasa, solat terawikh, ibadah berzakat juga sangat dituntut untuk dilakukan pada bulan Ramadan ni.

Zakat fitrah adalah satu kewajipan kepada seluruh umat islam yang berkemampuan dan bayarannya perlulah dibuat sebelum solat sunat hari raya Aidilfitri.

Tapi, untuk mereka yang terlampau busy dan risau kot-kot terlupa untuk mengeluarkan zakat, tahu tak yang kini zakat dah boleh dibayar melalui online? Jangan khuatir, hal ini telah dijawab oleh Pusat Zakat Melaka dan menurut mereka, zakat seseorang itu sah di sisi syariat apabila ada dua perkara yang berlaku iaitu niat berzakat dan pemindahan harta zakat.

Ini cara-cara macam mana korang nak lakukan bayaran zakat melalui online.

Aj gunakan contoh maybank2u lah ye. Bank lain mungkin langkahnya berbeza, Cuma dia ada di tempat yang sama iaitu bahagian ‘payment’.

 

#1. LOG IN

Yang ini dah tentu-tentu kebanyakkan bank sama. Iaitu kita kena log masuk ke akaun kita sendiri

 

#2. Pilih ‘Bill Payment’

Macam aj cakap tadi, ini rujukan untuk maybank2u, di bank lain mungkin berlainan menunya, Cuma boleh cari di bahagian yang sama iaitu payment atau bill payment.

 

#3. Klik Make One-off Payment

#4. Pilih Zakat& Charity pada Category

 

#5. Pilih Pusat Zakat Mengikut Negeri

 

Yang ni kalau korang stay dekat KL, pilihlah KL. Kalau di Selangor, pilih Selangor dan sebagainya.

 

#6. Pilih Zakat Fitrah

Pada bahagian ‘type of zakat’ nanti, pilihlah zakat fitrah. Kendian, korang masukan amount berapa yang korang nak berzakat.

Tak sure berapa nilai zakat tahun ni? Boleh refer dekat bawah ni…

 

Dah masukkan amaun tu, korang akan ke sini pulak...

Jangan lupa baca niat macam yang tertulis tu, kendian request TAC, masukkan dan selesai.

 

So, dah ada cara guna online ni, cepat-cepat laksanakan tanggungjawab korang ye… Mudah-mudahan zakat kita sampai kepada insan yang lebih memerlukan.