Larangan Menaiki Lif Selepas ‘Cigarette Break’ Dikuatkuasa Di Jepun

TERKINI
April 02, 2018 - 03:27 PM


Kepada perokok-perokok sekalian, sila baca dan hadamkan. Jika pasangan anda seorang perokok pun, baca kendian taglah diorang. Hehehe. Kalau bukan perokok pulak, tahniah kerana korang bukan perokok tapi bacalah jugak untuk pengetahuan tambahan ye.

Baru-baru ini, Japan Today ada melaporkan yang di kawasan Ikoma, Jepun telah mewujudkan undang-undang yang confirm buatkan perokok-perokok disana tak senang duduk.

Sebabnya, disana, korang (baca:perokok) tak dibenarkan untuk menggunakan lif selepas sekurang-kurangnya 45 minit selepas sesi merokok dan ada jugak dalam perancangan mereka untuk mengurangkan kawasan yang dibenarkan untuk merokok.

Jadi, kalau korang ada rancangan nak ke Jepun, pastikan ambil tahu pasal peraturan baru ini ye… Jangan nanti viral lagi pulak pelancong Malaysia dekat Jepun.

Sebenarnya, tempoh 45 minit tu merupakan tempoh yang optimum untuk nafas korang untuk kembali normal dan hilang segala bau yang kurang menyenangkan daripada rokok. Selain tu, selepas 45 minit, toksik dan benda yang tak elok pada rokok tu akan ternyah dari badan.

Selain tu, tindakan ni jugak sebenarnya bagus diadakan sebab kalau berada dalam kawasan yang tertutup, bau rokok yang melekat pada baju dan nafas tu akan buatkan orang sekeliling tak selesa.

Menurut poster yang ada berkenaan pemberitahuan ni, korang digalakkan untuk menarik nafas dalam-dalam sebanyak yang mungkin kemudian berdiri di kawasan yang berangin supaya bau rokok tu boleh berlalu dibawa angin.

Namun, belum ada berita pulak yang kami jumpa kalau korang melanggar peraturan ni, sama ada di denda atau sebagainya.

Dalam pada masa yang sama, kita dekat sini pun rasanya boleh praktikkan. Tapi jangan lah pulak jadikan ini alasan untuk mengular.

Cuma lepak dulu dekat luar office selepas merokok dan jangan terus masuk. Mungkin ada yang tak selesa dengan bau rokok korang tu, tak kira lah korang hisap rokok murah mahupun John merah sekalipun.

 

-aJ-

 

Destination: