"Layan Search Dalam Sejuk!" - 5 Fakta Menarik Konsert Search 'Fantasia Bulan Salju'

GAYA HIDUP
August 01, 2023 - 06:15 PM


Kumpulan rock lagenda tanah air, Search bakal mengadakan konsert bersejarah yang dinamakan Konsert Fantasia Bulan Salju pada 12 Ogos 2023 (Sabtu) bertempat di Arena of Stars, Resorts World Genting.

Search yang dianggotai oleh Amy, Nasir, Hillary Ang dan Man Kidal itu percaya peminat mereka masih dahagakan persembahan berskala besar seumpama konsert! Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mengimbau kembali perjalanan seni band lagenda ini!

5 Fakta Menarik Konsert Search 'Fantasia Bulan Salju' 

1. Lokasi yang rare dan unik

Mengadakan persembahan di pusat peranginan Genting Highlands bukan untuk semua penghibur. Namun, Search bakal menjadi band tempatan yang pertama mengadakan konsert di sana! Bila lagi nak layan show Search dalam sejuk! 

2. Konsert terinspirasi dari lagu paling popular Search

Nama konsert ini diambil dari salah satu lagu paling popular Search iaitu ‘Fantasia Bulan Madu’ yang diubah menjadi Konsert Fantasia Bulan Salju, sesuai dengan lokasi! 

3. Search bakal tampil dengan persembahan berkelas dunia

Arena of Stars sering menjadi pilihan begitu ramai artis dari serata dunia kerana ia mempunyai segala fasiliti bagi penganjuran konsert bertaraf antarabangsa. Jadi, inillah waktunya untuk penonton dan peminat Search nikmati persembahan epik dari band kesayangan korang ni!  Confirm kualiti peralatan bunyi dan visual terbaik!

4. Lagu-lagu Hits disampaikan dengan mood 'romantis'

Vokalis Search, Amy, mengatakan sendiri bahawa rendisi lagu yang bakal dimainkan juga akan lebih bersifat romantis, kena dengan tema Fantasia Bulan Salju. Selain itu konsert ini akan bersifat eksperimentasi! Ada bentuk teater dan juga menceritakan perit jerih Search dalam arena seni selama 40 Tahun. 

5. Konsert Pertama, adik Naimi Daimi

Adik Naimi Daini kita viral selepas membuat persembahan sebagai pemain dram kumpulan Search sempena Nusafest yang lalu! Baru berusia 17 tahun, gadis yang dikenali sebagai Naimi Daini bersekolah di Kuala Lumpur dan akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada akhir tahun ini.

Dengar cerita tiket VIP dah habis kena sapu! Tapi jangan risau, korang masih boleh dapatkan tiket pada bahagian Rock Zone berharga RM128! Boleh dibeli menerusi sesawang rwgenting.com dan my.bookmyshow.com. Jumpa korang kat sana nanti! 

Destination: