Lebih Banyak Anda Belanja, Lagi Banyak Pulangan Dengan Freemium

February 13, 2019 - 01:58 PM


Dunia perniagaan hari ini nampaknya semakin berkembang pesat, lebih lebih lagi dalam industri e-dagang dengan kemunculan pelbagai laman web dan syarikat yang menawarkan pelbagai jenis tawaran kepada pengguna.

Kalau sebelum ini, kita hanya membeli sama ada di atas talian seperti di platform-platform terkenal yang ada di Malaysia. Namun dengan segala kemudahan dan teknologi yang ada, kini gabungan pembelian secara online dan pembelian secara offline di kedai dapat disatukan.

Potensi perkembangan e-dagang di Malaysia menyebabkan lebih ramai pelabur sudi untuk memperkenalkan konsep perniagaan mereka. Antara yang popular satu masa dulu adalah Groupon. Konsep ini dikenali sebagai 020 (Online to Offline).

Sedar akan adanya potensi yang besar di pasaran Malaysia, ada satu aplikasi terbaru akan diperkenalkan tak lama lagi yang akan menggabungkan pengalaman pembelian secara online dan kedai-kedai yang terdapat di shopping mall, mahupun premis sendiri.

Kami berpeluang bertemu dengan CEO  Freemium, Jesen Bak dan menerusi sesi perbualan kami, difahamkan Freemium adalah satu cara dimana pengguna akan mendapat ganjaran setiap kali mereka berbelanja. Dalam erti kata lain, setiap transaksi yang dijalankan seharian boleh ditukarkan kepada ‘duit’.

Freemium buat masa ini masih dalam versi BETA dan hampir 200 ribu pengguna sudah mendaftar dan memuat turun aplikasi berkenaan. Dari segi penyertaan peniaga, mereka telahpun mendapat persetujuan dan kerjasama daripada lebih 10 ribu pekedai di SELURUH DUNIA.

Misi Freemium adalah mudah, untuk memberikan ‘nilai’ dan ganjaran kepada pengguna mereka secara khusus dan secara umumnya kepada masyarakat.

Mempunyai pengalaman lebih daripada 5 tahun di sektor e-dagang, Freemium kini boleh digunakan di beberapa buah negara termasuk Australia, Singapura, Malaysia, Thailand dan banyak lagi negara yang akan bekerjasama.

Apa-apa pun, aplikasi penuh Freemium akan dilancarkan seawal bulan hadapan dan dijangka menarik minat ramai terutamanya golongan millennial.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Freemium ni, boleh rujuk di www.freemium.today, ataupun korang boleh jugak stalk laman Facebook Freemium