Lelaki Ini Menghasilkan Patung Lego Sebagai CV Yang Memang Menonjol

GAYA HIDUP
September 26, 2017 - 11:24 AM


Proses permohonan kerja adalah sesuatu yang sangat membosankan kerana memerlukan banyak kertas kerja. Selain perlu mengisi pelbagai jenis borang sebelum proses temuduga dijalankan. Salah satu perkara yang paling penting untuk memohon sesutau pekerjaan adalah resume atau curriculum vitae (CV).

Jika sebelum ini, viral di media sosial resume yang menarik, simple dan outstanding. Namun, menurut komentar dari netizen, masih juga ada syarikat yang inginkan resume tradisional. 

Sebenarnya, preference resume atau CV ini bergantung kepada syarikat dan bidang yang kita ingin mohon lah jugak. Kalau dah tahu nak hantar resume tu ke syarikat media, resume pun gempak sikit lah…

Macam yang dilakukan oleh seorang graduan design, Andy Morris ini. Seperti yang kita tahu, peluang pekerjaan tak banyak dan untuk satu-satu jawatan itu, sudah tentu akan ada ramai pesaing. Jadi, apa yang Andy lakukan supaya CV beliau lebih menonjol?

Andy menggunakan falsafah dan pengalaman beliau dengan permnainan untuk menghasilkan sebuah minifigure Lego sebagai CV. Hasilnya sangat diluar jangkaan. Minifure itu mempunyai segala maklumat tentang Andy dan untuk packaging, beliau memilih untuk membuat Lego tersebut seperti edisi yang hanya boleh didapati pada Comic Con.

Keseluruhannya, pakej tersebut memaparkan segala sisi Andy yang beliau ingin tonjolkan pada bakal majikan. Dengan menggabungkan element yang menarik, dan dengan CV yang sudah tentu lain daripada yang lain tetapi masih memaparkan segala maklumat penting yang perlu ada dalam resume, cara penyampaian resume ini adalah yang terbaik pernah dilihat pada abad ini…

Macam mana ? Menarik kan? 

 

Sumber : Website | BoredPanda