Lihat Hasil Yang Menakjubkan Ini, Apabila Bas Dua Tingkat Dijadikan Rumah Untuk Gelandangan…

GAYA HIDUP
November 28, 2017 - 03:27 PM


Dengan keadaan cuaca dan suhu yang semakin sejuk di UK, masa inilah yang paling penting untuk memastikan gelandangan di sana mendapat tempat perlindungan atau tempat tinggal yang mampu untuk mereka teruskan kehidupan seharian.

Dua wanita UK hari ini telah menwujudkan satu ‘trend’ dengan mengubah suai bas untuk dijadikan tempat tinggal untuk golongan gelandangan. Projek yang dinamakan The Rucksack Project ini berjaya mengumpulkan komuniti setempat untuk berkerjasama untuk usaha murni ini.

Bas dua tingkat oleh Stagecoach ini pada awalnya ingin dimusnahkan. Namun, selepas 8 bulan melalui pelbagai pengubahsuaian yang menggunakan tenaga 70 ke 80 orang, bas itu kini dilengkapi dengan 12 buah katil, lounge serta sebuah dapur.

Tempat perlindungan baru itu tidak lama lagi akan diparkir di hadapan Gereja St. Agatha, di mana ia diharapkan dapat membantu gelandangan dalam anggaran seramai 300,000 orang yang kini tinggal di Britain.

 

Sumber : BoredPanda