Lokasi-Lokasi Popular Untuk Shopping Raya ‘Last Minute’

GAYA HIDUP
June 12, 2018 - 03:45 PM


Tak lama dah, beberapa hari je lagi kita nak sambut Hari Raya. Rasanya ramai lagi yang tak sempat untuk buat persiapan atau dalam bahasa mudahnya, belum sempat nak shopping raya lagi atas faktor-faktor tertentu.

Tapi, untuk korang yang tinggal area Kuala Lumpur dan sekitarnya rasanya mesti seumur hidup korang, korang shopping last minute kan? Kebiasaannya shopping last minute ni, walaupun boleh dikatakan dah tak banyak pilihan tetapi, harganya akan lebih murah. Ye lah, nak ‘clearkan’ stock raya kan.

Lagi satu, dah macam ‘trend’ anak-anak muda atau warga KL ni shopping ‘tang kona’ ni. Last minute, lagi meriah kalau malam raya. Sebabnya lokasi-lokasi yang kitorang nak senarai ni kebanyakkannya akan buka sehingga lewat malam raya tu.

 

#1. UPTOWN / DOWNTOWN

Tak kiralah uptown atau downtown mana yang korang nak pegi, Damansara ke, Kajang ke, Shah Alam, Danau Kota (ni tak sure ada lagi ke tidak). Tapi pokoknya salah satu lokasi yang best untuk shopping last minute ni adalah di bazar larut malam. ‘Lagi meriah kalau satu malam sebelum raya tuh. Masa nil ah promosi tak masuk akal, peniaga akan ‘buang harga’.

 

#2. JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN (JALAN TAR)

Jalan TAR merupakan ‘port’ yang paling famous dan lejen jugak la dalam kalangan warga KL ni. Selain daripada deretan-deretan kedai yang ada kat sana. Kebiasaannya pada malam raya, ramai peniaga akan berikan potongan serta menjual barangan mereka pada harga kos atau ‘harga rugi’.

 

#3. JAKEL MALL

Ikutlah selera korang, nak ke KL atau Shah Alam. Tapi Aj boleh jamin, confirm penuh. Sebabnya setiap tahunm Jakel akan memberikan harga yang terbaik serta kain dan pakaian yang berkualiti untuk para pengunjung.

 

#4. KOMPLEKS PKNS

Sama seperti di JALAN TAR, kompleks PKNS tak kiralah di Bangi, mahupun Shah Alam. Fenomenanya setiap tahun adalah sama. Orang ramai akan berpusu pusu untuk membeli belah, lagi-lagi pada hari minggu.

 

#5. JALAN MASJID INDIA

Sama level ke’lejenan’ dia dengan JALAN TAR. Nak cari baju melayu, baju kurung, songkok, capal, sebut sahaja apa yang dicari, mesti akan boleh dijumpai di sini. Selain menjadi tumpuan warga kota, Jalan Masjid India juga dibanjiri dengan warganegara Asing yang mencari rezeki halal disini.

 

#6. SEKSYEN 7, SHAH ALAM

Selain menjadi tumpuan para pelajar, (kerana disinilah terletaknya pintu belakang UiTM), di kawasan peniagaan seksyen 7 ini terletak deretanbutik pakaian yang semestinya menjanjikan harga terbaik buat pelanggan.

Kebiasaannya kawasan ini akan sesak. Nasihat AJ, pegi naik motor ajelah.

 

Selamat bershopping raya ye =D