Lompat Kerja Tak Salah, Cuma Jangan Buat Benda Macam Ni

GAYA HIDUP
January 16, 2018 - 12:41 PM


Bosan dengan rutin harian kerja, mahukan perubahan, mahukan cabaran mahupun mahukan persekitaran kerja yang lebih baik merupakan sebab-sebab utama ramai bertindak untuk ‘lompat kerja’. Kadang-kadang belum sampai setahun, dah bertukar kerja.

Namun, ada yang takut untuk melompat kerja kerana memikirkan pelbagai risiko, antaranya gaji yang ditawarkan, tidak dapat menampung komitmen sedia ada ataupun risau dapat perkerjaan yang lebih kurang sama dengan yang sekarang.

Statistik menunjukkan 1/3 daripada jumlah pekerja akan bertukar kerja dalam masa setahun. Sekiranya anda salah seorang daripada mereka, anda perlu bersedia dengan kesilapan yang mungkin akan berlaku jika anda beralih kepada kerja baru.

 

1. Lambat Bertindak

Ada sesetengah orang mengambil masa terlalu lama untuk bertindak atau membuat keputusan untuk bertukar kerja. Jangan tunggu tekanan itu di paras bahaya. Sekiranya anda dah merasakan anda ada masalah, cepat-cepat perbaiki.

Tapi, ini bukan bermaksud anda tak buat terus kerja sekarang. Tanggungjawab harus diteruskan, sehinggalah tarikh akhir anda bekerja.

 

2. Benci Pada Kerjaya

Membenci pekerjaan anda hanya akan mengusutkan keadaan. Tarik nafas dalam-dalam. Analisa sebab-sebab utama anda ingin bertukar kerja. Apa sebab utamanya, tak puas hati dengan bos? Rakan sekerja lembab buat kerja?

Apa-apa pun sebab yang anda dapat nanti, pastikan anda mempunyai perancangan yang kukuh. Pastikan anda tidak membuat keputusan untuk berhenti selagi belum ada rancangan yang rapi.

 

 

3. Pengaruh Tekanan Luar

Kebiasaannya, faktor luar ni sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan anda. Namun, jangan sesekali bertukar kerja kerana nak puaskan hati mereka. Pastikan anda bertukar kerjaya yang selari dengan minat anda.

Jika anda minat, kata lah apa pun. Anda mesti happy.

 

4. Wang Bukan Segalanya

Kebiasaannya, faktor utama nak bertukar kerja adalah tawaran wang atau gaji yang lebih lumayan. Namun, pastikan anda kaji sehabis baik baik buruk. Kemungkinan kerja baru anda mempunyai tekanan yang lebih teruk dari kerja sekarang. Siapa tahu.

Anda kena ingat, wang tidak boleh membeli kebahagiaan. Jangan mengejar kerja yang tengah ‘trend’. Sebaliknya, buat kajian betul-betul. Faham dan tahu skop pekerjaan baru.

 

5. Data Tidak Dikemaskini

Ini kesalahan besar bro and sis! Data pengalaman kerja tu harus dikemaskini. Segala kemahiran atau bengkel yang dihadiri boleh dimasukkan. Tetapi, pastikan ia berkaitan dengan kerja yang anda apply tu lah.

Sekiranya anda sering bertukar kerja, pastikan anda letak pekerjaan yang berkaitan dengan bidang baru anda nak mohon. Sekiranya anda rasa pengalaman bekerja di KFC secara separuh masa dulu dapat membantu, letak lah. Kalau tidak, tak perlu. Masukkan pekerjaan lain yang anda rasakan sesuai.

Oh, akhir sekali, ruangan rujukan tu. Pastikan anda isikan nama makijan terkini dan anda kena beritahu mereka juga tentang hasrat anda untuk bertukar kerja.

 

p/s : Jangan buat macam ni sudah...

 

Sumber : Eh!