Majalah Ikonik Rolling Stone Untuk Dijual...

GAYA HIDUP
September 20, 2017 - 10:59 AM


Sebut sahaja majalah Rolling Stone, para peminat muzik tempatan mesti tahu pasal majalah ni. Rolling Stone adalah majalah yang diterbitkan dua minggu sekali di Amerika yang memberi tumpuan kepada budaya popular. Ia ditubuhkan di San Francisco pada tahun 1967 oleh Jann Wenner.

Kalau nak diikutkan, tahun ini merupakan ulang tahun ke 50 majalah ini. Pada penubuhan awal, majalah Rolling Stone ini berfokuskan kepada politik dan muzik. Namun, selari dengan peredaran zaman, majalah ini lebih memfokuskan generasi muda dengan memasukkan pelbagai content yang sesuai dengan jiwa anak muda.

Menurut laporan New York Time, pemilik Rolling Stone berkata beliau masih suka dengan apa yang dilakukannya tetapi, untuk menjual majalah ini; adalah sesuatu yang bijak. Selain Rolling Stone, dikatakan dua majalah lagi dibawah syarikat Wenner Media turut dujial iaitu US Weekly dan Men’s Journal.

Agaknya, sales dan keadaan pasaran sekarang dah tak sesuai dengan mereka mungkin. Iyelah, masyarakat yang rajin membaca dah la ciput, ada pulak internet dan sosial media. Cakap je nak cerita apa, type, mesti keluar.