Malindo Air Perkenal ‘Super Saver’!

TERKINI
March 15, 2019 - 03:16 PM


Bagi korang yang suka bercuti atau melancong menggunakan syarikat penerbangan Malindo Air.

Ini berita baik untuk korang!

Malindo Air kini memperkenalkan 'Super Saver' iaitu kumpulan tambang baharu untuk menyasarkan segmen pasaran berbeza, yang membolehkan penumpang membuat pilihan ke atas bagasi dan makanan.

Super Saver bakal menjadi pilihan yang sesuai untuk pelancong yang tidak membawa bagasi dan tidak memerlukan makanan di atas pesawat.

Ia disediakan untuk kelas ekonomi penerbangan Boeing dan ATR.

Semasa proses tempahan, pilihan untuk Super Saver, Value, Flexi dan Perniagaan akan dipaparkan bagi penerbangan yang berlepas dari KLIA.

Manakala bagi penerbangan ATR, Super Saver, Value dan Shuttle/Flexi juga dipaparkan untuk korang pilih.

Pengenalan kumpulan tambang baharu itu juga merupakan promosi terbaik oleh Malindo Air yang sedang meraikan ulang tahun keenam, Splendid, bulan ini serta melancarkan kempen jualan ulang tahun hari ini, dengan tambang sehala daripada RM59 sahaja.

Bagi jualan kempen ulang tahun Malindo Air, tempahan kini boleh didapati di laman web Malindo Air, pejabat tiket, pusat perkhidmatan pelanggan dan ejen pelancongan pilihannya.

Sumber: Bernama