Mandi Air Panas Bagus Untuk Kesihatan, Ini Khasiat Mandi Air Panas

GAYA HIDUP
December 18, 2018 - 03:21 PM


Mandi, sama ada menggunakan air panas mahupun sejuk ada kelainannya. Kebiasaannya, kalau cuaca panas, kita lebih inginkan mandian air sejuk, tapi kalau waktu hujan atau cuaca yang agak sejuk daripada biasa, dah tentulah kina mahukan mandian air panas.

Tahu tak, sebenarnya mandi air sejuk ataupun panas ini ada bezanya? Menurut kajian, mandian air panas seolah-olah kita berjalan kaki selama 30 minit! Begitulah manfaat yang bakal kita dapat kalau mandi menggunakan air panas.

Ini bukan sembang kosong ye, ada kajian yang dijalankan di Universiti Lughborough. Selain itu, dari segi psikologi pulak, mandi dalam rendaman air panas (macam kita selalu buat dalam bath tub) tub oleh kurangkan tekanan.

Dari sudut kesihatan pulak, ada beberapa kebaikan mandi menggunakan air panas ni, antaranya :

#1. Tidur Lebih Lena

Pada waktu malam, penghasilan hormon tidur ataupun melatonin menyebabkan suhu badan akan jatuh secara semula jadi. Jadi, kalau sebelum tidur, kita rendamkan badan dalam air panas atau mandi menggunakan air panas, suhu badan akan naik dan hormone tidur ni akan dihasilkan dengan lebih banyak. Dalam erti kata lain, tidur akan menjadi nyenyak lah selepas mandian air panas.

 

#2. Melegakan Otot Yang Sakit

Kebiasaan kita dengar atau nampak, apabila berlaku kecederaan pada otot, orang akan letak air batu. Tapi sebenarnya, air panas pun boleh membantu. Secara saintifik, haba akan membantu pergerakan darah dan ini secara tak langsung dapat membantu otot yang cedera atau sakit untuk lebih ‘rehat’.

 

#3. Bakar Kalori

Pernah dengar pasal sauna kan? Mandian air panas juga memberikan kesan yang sama, iaitu badan akan berpeluh. Secara tak langsung, ia membantu dalam pembakaran kalori. Tapi, jangan la harap letak shower, mandi sejam, berat turun sekilo pulak. Ia membantu, tak banyak, tapi masih, ia membantu bakar kalori.

 

#4. Membantu Legakan Selsema

Kebiasaannya, air panas akan menghasilkan stim. Ha, stim ini boleh membantu legakan hidung kita yang tersumbat akibat selsema tu. Selain tu, rendaman air panas boleh membantu sistem imunisasi badan untuk melawan virus.