Menangi Sepasang Tiket Tayangan Perdana Filem Milly & Mamet (Ini Bukan Cinta & Rangga)

GAYA HIDUP
February 19, 2019 - 02:58 PM


Filem Milly & Mamet (Ini Bukan Cinta & Rangga) adalah sebuah filem Indonesia dan ia sebenarnya adalah sebuah filem spin-off daripada filem Ada Apa Dengan Cinta!

Difahamkan, timeline filem ini berlaku selepas daripada Ada Apa Dengan Cinta 2, dimana Milly yang dilakonkan oleh Sissy Priscillia dan Mamet (Dennis Adhiswara) sibuk menguruskan bayi mereka dan Mamet bekerja sebagai chef di kilang milik bapa Milly.

Katanya ada konflik yang berlaku antara Mamet dan bapa si Milly ni, konflik yang macam mana tu, tak boleh lah nak cerita sekarang. Hehe. Kena tunggu filem keluar lah.

Berita baik untuk semua pembaca setia rileklah.com, kami nak payung 40 tiket tayangan perdana untuk menyaksikan filem Milly & Mamet ( Ini Bukan Cinta & Rangga) ni.

Jom tonton tayangan perdana Milly & Mamet! Khas untuk semua pembaca, korang berpeluang untuk menonton file mini bersama-sama kami pada 4 Mac 2019 (Isnin), jam 9.00 malam bertempat di TGV Cinemas 1 Utama.

Kitorang yakin, ramai yang tak boleh move-on lagi daripada kisah Cinta & Rangga, jadi jomlah ramai-ramai layan Milly & Mamet pulak.

TAYANGAN PERDANA FILEM MILLY & MAMET (INI BUKAN CINTA & RANGGA)

Kami akan berikan 40 keping tiket kepada semua pembaca Rileklah dan korang kena hadirkan diri di sesi tayangan perdana ni. Eksklusif tau! Tempat lain tak dapat.

Tarikh : 4 Mac 2019 (Isnin)

Filem : 9 malam (pastikan sampai selewatnya 30 minit sebelum tayangan mula)

Tempat : TGV Cinemas 1 Utama

Nak join? Senang je, isikan maklumat yang diperlukan di bawah. Pemenang akan dipilih secara rawak. Tapi, korang kena jugak SHARE post ni dan TAG 3 orang kawan korang untuk penyertaan.

Ingat, kalau tak share dan tag, tak akan terpilih.

Seorang pemenang akan menerima 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Perdana Milly & Mamet (Ini Bukan Cinta & Rangga) di TGV 1 Utama.

Sebelum tu, kita layan dulu trailer Milly & Mamet ni :

Jumpa di sana!