Menangi Sepasang Tiket Tayangan Perdana Filem Seram HIDE & SEEK MINAKO 2019

GAYA HIDUP
February 21, 2019 - 01:22 PM


Anda peminat filem seram? Jika ya, jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara mereka yang terawal menyaksikan filem seram terbaru dari Indonesia Hide & Seek Minako yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia bermula 28 Februari 2019.

Di barisi oleh pelakon-pelakon hebat Indonesia seperti Regina Rengganis, Miller Khan, Nicky Tirta, Wendy Wilson, Natasha Gott dan Gandhi Fernando.

Filem arahan Billy Christian akan menemui anda di seluruh pawagam di Malaysia pada hujung februari ini. 

SINOPSIS

Menceritakan tentang sekelompok sahabat remaja yang mengadakan reunion di sekolah lama mereka. Salah seorang dari mereka mencadangkan bermain petak umpet (sorok-sorok) dengan menggunakan sebuah boneka Itchimatsu dari Jepun bernama Minako. Permainan petak umpet Minako sendiri berasal dari urban legend Jepun iaitu Hitori Kakurenbo, sebuah permainan sorok- sorok dengan ritual memanggil arwah dengan menggunakan boneka. Suasana ceria reunion berubah menjadi pengalaman mengerikan. Bukan sekadar mengancam nyawa, tapi juga menguji kekuatan persahabatan mereka.

TAYANGAN PERDANA FILEM HIDE & SEEK MINAKO 2019

Kami ingin memberikan 40 tiket untuk pembaca rileklah.com dan pembaca hendaklah menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Tayangan ini akan di adakan pada:

Tarikh: 25 Februari 2019 (Hari Isnin)

Tayangan Filem:  8.45mlm

Tempat: TGV Cinemas 1 Utama.

Berminat? Senang sahaja. Boleh isi detail anda di google form di bawah ini. Pemenang akan di pilih secara rawak. Sebelum itu, jangan lupa SHARE post ini dan TAG 3 orang rakan anda untuk penyertaan. 

Miller Khan antara pelakon Malaysia yang berjaya di Indonesia. Korang mesti tak sabar nak tengok beliau berlakon dalam filem seram kan?