Menurut Kajian 10 Tumbuhan Ini Elok Buat Mereka Yang Sukar Tidur

GAYA HIDUP
July 31, 2018 - 06:27 PM


Insonmia merupakan salah satu penyakit sukar untuk tidur. Jika dibiarkan mungkin boleh memudaratkan. Salah satu punca keadaan ini terjadi disebabkan kaffien dalam badan. Jika hendak tidur seeloknya elakkan pengambilan minuman yang mengandungi kaffien.

Suatu kajian daripada NASA mengenai Udara Bersih pada 1989 telah mendapati beberapa jenis tanaman yang mampu membersihkan udara di dalam ruangan khususnya kawasan bandar besar. Tanaman ini telah diuji mampu menyingkirkan toksik yang terdapat dalam kediaman dan banguan.

Bagi sesiapa yang ada mengalami insomnia dan sukar tidur boleh hiaskan bilik tidur dengan tanaman ini.

1. Spathiphyllum atau Peace Lily antara tanaman terbaik yang dapat menyingkirkan toksin utama di dalam rumah. Ia juga menyingkirkan spora yang boleh menyebabkan alahan.

2. Sansevieria atau Lidah Mertua menghasilkan lebih oksigen pad waktu malam, memberikan pengudaraan yang menyegarkan.

3. Tanaman ini seringkali dijadikan tumbuhan memanjat dinding atau tanaman gantung. English Ivy bukan sahaja cantik dilihat ia bertindak membersihkan udara juga.

4. Haruman semulajadi tanaman Jasmin adalah lebih baik daripada semburan aroma Jasmin yang dicampur bahan kimia. Wangian dari bunganya mampu memberikan ketenangan dan memperbaiki mood anda.

5. Jangan makan gel pada daun Lidah Buaya. Ia hanya boleh digunakan pada bahagian luar kulit. Selain mampu merawat luka, ia juga menghasilkan oksidgen yang lebih pada waktu malam, membuatkan tidur anda lebih lena dengan udara segar.

6. Spider plant tanaman paling mudah dijaga, mempunyai kemandirian yang tinggi, mampu menyingkirkan toksik di udara. Ia sangat dianjurkan!

7. Perimeter daun yang kemerah-merahan pada Dracaena bertindakbalas membersihkan empat jenis toksin utama di udara, tumbuh tinggi dan sediki tajam daunnya, sesuai diletakkan di penjuru bilik.

8. Bentuk struktur yang menarik, kehadiran Dwarf Date Palm pasti menjadi fokus utama. Bukan sahaja memberikan kelainan pada rekabentuk dalaman, daunnya bertindak menyingkirkan toksin berbahaya.

9. Tanaman yang dapat mengekalkan kelembapan udara di dalam bilik, Areca Palm Ia membantu masalah pernafasan selain menyingkirkan toksik.

10. Daun yang lebar dan kehijauan, Philodendron mampu membersihkan udara dan merubah bilik anda tampak menarik ala tropika.

So, pada korang yang susah sangat nak tidur tu boleh lah cuba tip di atas. Kalau aku, nak tidur memang susah nak bangun lagi susah...Ada tak tip nak senang bangun tidur?