Mungkin Anda Tidak Sedar, Tetapi Ini Bagaimana Bau-Bauan Mempengaruhi Minda Anda!

GAYA HIDUP
March 27, 2018 - 03:31 PM


Deria bau mungkin dirasakan tidak begitu penting berbanding deria-deria yang lain pada badan kita seperti penglihatan, pendengaran dan rasa.

Secara purata, manusia mempunyai sekurang-kurangnya 5 hingga 6 juta reseptor atau penerima untuk deria bau.

Tanpa korang sedar, sebenarnya bau juga memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian dan ini adalah bagaimana bau boleh mempengaruhi dan mengubah tingkah laku seseorang terhadap sesuatu.

 

#1. Meningkatkan Selera

Selain deria rasa, deria bau juga memainkan peranan dalam meningkatkan selera makan seseorang. Cuba korang ingat semula, semasa selsema kita akan berasa kurang berselera untuk makan.

Ha, sebabnya bau makanan akan dihantar kepada otak dan bau-bauan ini akan bergabung dengan deria rasa pada lidah untuk meningkatkan tahap kesedapan satu-satu makanan.

 

#2. Daya Tarikan

Jika korang perasan, perkara pertama yang kita kan perasan jika masuk ke satu tempat yang baru adalah baunya. Sebagai contoh, bilik tidur. Sekiranya bilik tidur korang berbau wangi, sudah tentu korang akan berasa gembira dan suka untuk habiskan masa di dalamnya.

 

#3. Mengembalikan Memori

Bau-bauan mempunyai satu ciri yang unik. Selain dapat menarik perhatian, ia juga mampu mengembalikan memori dan menyatukan emosi. Ada kajian mengatakan, bau leboh mengaktifkan ingatan emosi berbanding gambar.

Kira-kira 50 peratus daripada ingatan memori akan dilupakan selepas sebulan tetapi ingatan pada bauan akan kekal selama setahun.

 

#4. Mempengaruhi Mood

Sama seperti mengembalikan memori, bauan juga boleh menenangkan serta menaikkan mood. Perkara ini kebiasaannya berlaku tanpa kita sedari dan kadangkala, kita tak pasti kenapa perasaan kita tiba-tiba terganggu atau tak semena-mena jadi pemarah.

Dan, sebab ini jugaklah wujudnya aromatherapy. Kan banyak ada dijual lilin-lilin wangi yang boleh menenangkan minda dan mengembalikan mood.

 

#5. Mampu Membuatkan Seseorang Berbelanja

Ini bukanlah perkara yang baru. Para pekedai atau peniaga mengelarnya ‘enviromental fragancing’. Dalam erti kata lain, minda kita dipengaruhi melalui deria bau.

Sesetengah kedai akan meletakkan wangian pada pintu masuk untuk menarik pelanggan supaya membeli. Taktik yang sama juga digunakan oleh kedai kek dan juga bakeri.

 

Macam mana pendapat korang? Setuju atau tidak? Boleh bayangkan tak kalau hidup kita tanpa ada deria bau?

 

p/s: cerita pasal bau, selalu geram dengan bau biskut Famous Amos dekat mall tuh!  Haish.