Muzza Musika Showcase @Laundry, Dengar Cerita Ada Single Baru Nanti




Menarik tentang Muzza adalah skill gitarnya yang standing dengan gitaris-gitaris ternama di Malaysia. Walaupun Muzza bukanlah satu nama besar dalam industri muzik.

Membawakan genre hard-rock, Muzza lebih memilih untuk membuat persembahan secara ‘underground’ dan mempunyai pengikutnya yang tersendiri.

Selain berkebolehan bermain gitar, Muzza berkebolehan untuk menggubah lagu dan beberapa lagu tulisannya sering dinyanyikan di setiap persembahannya. EP pertamanya dilancarkan pada 2014 bertajuk Find My Way Back Home.

Apa yang menarik pasal Muzza ni, selain dikenali sebagai pemuzik genre ‘rock-keras’ , beliau gemar untuk mempelbagaikan muzik yang dimainkan. Sebagai contoh, pada EP pertamanya, ada terdapat gabungan blues, slow rock dan juga jazz.

Pernah mewakili Malaysia untuk Battle of the Bands di Norway pada tahun 2015, Muzza juga pernah beraksi satu pentas bersama kumpulan rock terkenal Scorpions sewaktu membuat persembahan bersama dengan Wings.

Jadi, kepada korang yang nak dengar atau sertai showcase yang bakal diadakan esok ni, korang bolehlah ke Laundry Bar@Curve. Maklumat lanjut ada di poster dibawah ye.

Untuk showcase esok, ada bayaran yang akan dikenakan iaitu RM 50.

Maklumat lanjut boleh ke Page Facebook : Muzza's Page