Nak Buat Resume Untuk Mohon Kerja? Pastikan JANGAN Guna 10 Font Ini!

GAYA HIDUP
December 28, 2017 - 12:09 PM


Tidak dinafikan nisbah jawatan kosong dengan pemohon agak besar. Kadangkala, satu jawatan, ada sampai beratus-ratus pemohon.

Jadi, macam mana cara anda nak menonjolkan diri anda daripada calon-calon lain?

Apa perkara pertama yang bakal majikan akan tengok sebelum dia panggil untuk temuduga? Semestinya surat mohon kerja atau cover letter. Selepas itu? Resume, atau CV.

Kita memang dinasihatkan untuk jadi kreatif dalam bab tulis resume ataupun CV. Walaupun tiada resume yang ‘salah’. Kita kena pastikan resume kita mengikut format serta jawatan yang dipohon.

Resume adalah sesuatu yang sangat penting kerana bakal majikan dan recruiter ini perlu melihat beratus-ratus atau mungkin beribu permohonan dan resume sebelum mereka dapat kenalpasti senarai pendek.

Masa inilah kreativiti resume anda akan membantu. Sebabnya, mereka ini hanya akan ambil masa beberapa saat untuk lihat resume anda sebelum pertimbangkan anda layak untuk disenarai pendek atau tidak.

Walaupun anda kena kreatif, pastikan anda elak gunakan 10 font ini :

 

Sekiranya anda tidak mengunakannya, bagus. Sekarang, pastikan maklumat yang ada pada resume itu adalah yang terkini. Jangan bagi yang outdated beserta dengan sumber rujukan.

Moga anda dapat kerja yang anda mohon tu nanti…