Nak Buat Skrub Limau Purut Sendiri? Ini Cara-Caranya…

GAYA HIDUP
January 09, 2018 - 02:06 PM


Limau purut adalah salah satu ramuan yang sering kita gunakan dalam masakan untuk menaikkan aroma dan rasa. Selain buahnya, daun limau purut juga mempunyai banyak kegunaan sama ada untuk masakan ataupun untuk tujuan kecantikan.

Perkongsian daripada facebook ini kami dapati daripada Maskulin dan cara-cara pembuatan skrub berasaskan limau purut ini juga amat mudah dan boleh digunakan untuk pelbagai.

Antara kelebihan daun limau purut adalah baik untuk mencantikkan rambut, menghilangkan bau busuk pada rumah dan bilik. Jangan terkejut, tetapi daun limau purut juga boleh digunakan untuk memutihkan gigi. Hanya kisarkan daun dan garam dan tumbuk halus.

Bau mulut pun boleh hilang tau…

Kalau nak buat skrub pulak, ini caranya

  1. Ambil beberapa biji limau purut dan dibasuh bersih.
  2. Potong nipis (mudah dikisar)
  3. Kisar limau purut dengan air yang sedikit (supaya skrub jadi pekat) jika mahukan skrub kasar, kisar sekejap saja.
  4. Masuk kisaran limau purut dalam bekas tertutup dan simpan dalam peti sejuk.
  5. Lumur macam biasa dan jadikan seperti syampu. Biarkan lumuran atas kepala dan dibilas bersih.

 

Sumber : Maskulin