Nak Masuk Rumah Baru? Ini 5 Amalan Perlu di Buat Mengikut Ajaran Islam

GAYA HIDUP
September 13, 2017 - 10:54 AM


Di saat melangkah masuk rumah baru satu perasaan gembira mula menerjah kita. Hasil titik peluh survey rumah, buat pinjaman dan potongan gaji bulanan dirasa berbaloi bila melangkah ke dalam rumah sendiri. Penantian 2 - 3 tahun yang dirasakan cukup lama.

Tetapi tahukan korang bila melangkah masuk ke rumah baru bukan sahaja cuci dan bersihkan rumah je yang perlu. Banyak lagi perkara yang patut di buat. Ianya bertujuaan untuk menghalau makhluk halus yang mungkin berada di dalam rumah.

Langkah ini penting bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku di kemudian hari. Banyak kisah kita dengar seperti anak-anak kita menagis waktu malam, berasa panas bila berada di dalam rumah, boleh menyebabkan penghuni mudah naik angin, bunyi-bunyi pelik di waktu malam. Ini mungkin di sebabkan makhluk itu yang sudah mula beranak pinak di dalam rumah kita.

Jadi boleh amalkan 5 cara ajaran islam apabila memasuki rumah baru atau rumah lama di tinggalkan.

1. Azan

Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sebagai Al‐‘Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; “Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al‐Baqarah.” Selalunya bila masuk rumah baru kita hanya membaca Yaasiin sahaja. Sepatutnya Surah Al‐Baqarah yang menjadi pilihan untuk dibaca apabila memasuki rumah baru.

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran

Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al‐Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al‐Quran.” (hadis riwayat Al‐Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas

Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al‐Fatihah sebanyak satu kali, surah Al‐Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah Secara Islam

Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut‐sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam.

Caranya ialah dengan ‘memagar rumah’ dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah. Ikut panduan berikut: Ambil air kemudian baca surah Al‐Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al‐Ikhlas, Al‐Falaq dan Al‐Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan‐lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam.