Nak Sambut Malam Ambang Merdeka? Ini 9 Lokasi Yang Korang Kena Terjah!

GAYA HIDUP
August 24, 2023 - 04:35 PM


31 Ogos ini kita akan meraikan Sambutan Hari Kebangsaan kali ke-66.

Pastinya tahun ini acara gilang-gemilang bakal dilakukan memandangkan Malaysia kini ditadbir serta berada  di bawah pemerintahan Kerajaan Madani diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain sambutan secara besar-besaran pada pagi 31 Ogos menerusi acara perbarisan dan pancaragam -- antara acara tumpuan yang dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia pastinya tertuju kepada 'Sambutan Ambang Kemerdekaan' menjelang tepat jam 12 tengah malam 30 Ogos nanti.

Ini kerana pada Sambutan Ambang Merdeka itulah kita dapat menikmati kemeriahan percikan bunga api gergasi sambil mengira detik menjelang 12 tengah malam sebagai signifikan kejayaan negara akhirnya bebas merdeka dari tangan penjajah pada 31 Ogos 1957 dahulu.

Bagaimanapun pada tahun ini -- masih belum dapat dipastikan lagi sama ada petunjukan bunga api tersebut ada ataupun tidak. 

Namun apa yang pasti tema Hari Merdeka 2023 "Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan" -- bakal dilaungkan di kesemua lokasi yang mengadakan Sambutan Ambang Merdeka di peringkat negeri seluruh Malaysia.

Jom kita tengok 9 lokasi yang akan mengadakan Sambutan Ambang Kemerdekaan di negeri masing-masing yang korang boleh hadir bagi memeriahkan malam Merdeka nanti.

9 LOKASI SAMBUTAN AMBANG MERDEKA 2023 DI SETIAP NEGERI

1. WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Tempat : Dataran Merdeka
Masa : jam 8:00 malam - jam 12:00 malam
—YAB Perdana Menteri
 

2. SELANGOR

Tempat : Dataran Kemerdekaan Shah Alam
Masa : jam 8:00 malam - jam 12:00 malam
—YAB Menteri Besar
 

3. JOHOR

Tempat : Dataran IKS, Simpang Renggam, Kluang
Masa : jam 8:00 malam - jam 12:00 malam
—YAB Menteri Besar

4. MELAKA

Tempat : Dataran Sejarah Ayer Keroh
Masa : jam 8:00 malam - jam 12:00 malam
—YAB Ketua Menteri Melaka
 

5. PERAK

Tempat : Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru
Masa : jam 8:00 malam - jam 12:00 malam
—YAB Menteri Besar
 

6. PERLIS

Tempat : Jalan Persiaran Wawasan & Dataran Kompleks DUN
Masa : jam 8:00 malam - jam 12:00 malam
—Pemangku Raja Perlis DYMM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
 

7. TERENGGANU

Tempat : Dataran Drawbridge Kuala Terengganu
Masa : jam 8:00 malam - jam 12:00 malam
—YAB Menteri Besar
 

8.KELANTAN

Tempat : Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu
Masa : jam 8:00 malam - jam 12:00 malam
—YAB Menteri Besar
 

9. SARAWAK

Tempat : Dataran Pehin Setia Raja, Mukah
Masa : jam 8:00 malam - jam 12:00 malam
—Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Menteri bertanggungjawab Sambutan 31 Ogos 2023 Sarawak

LOKASI SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2023

Sementara itu jika biasanya Dataran Merdeka dijadikan sebagai lokasi Sambutan Hari Kebangsaan setiap tahun, namun kali ini ada sedikit kelainan apabila ia bakal disambut di Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya.

Tarikh : 31 Ogos 2023
Waktu : 7:00 pagi
Lokasi : Dataran Putrajaya, Presint 3

Destination: