Nampak Macam Biasa, Tapi Inilah 11 Tanda-Tanda Anda Atau Mak Ayah Korang Bakal Discam!

GAYA HIDUP
June 29, 2022 - 03:50 PM


Keadaan ekonomi di Malaysia buat masa ini nampaknya tidak bertambah baik, dengan kadar inflasi yang semakin tinggi dan barang-barang keperluan harian yang semakin mahal membuatkan orang ramai sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan wang. 

Kes penunggang agama juga semakin berleluasa membuatkan mangsa mudah untuk tertarik dengan taktik kotor yang digunakan.

Jadi dalam kehidupan yang memerlukan wang ini, pastikan korang sentiasa alert dan jangan mudah terpedaya. Kadang-kadang ianya nampak biasa je dan normal tapi you will never know until something happen to you.

KENALPASTI TANDA-TANDA AMARAN SCAMMER

Di Netflix cerita Tinder Swindler dan Inventing Anna menceritakan scammer cinta. Ada juga scammer kawan-kawan. Ada scammer orang tak dikenali dengan voice phishing, sms phishing segala bagai.

Jadi, apa tanda amaran orang yang kau kenal mungkin seorang scammer? Saya kata mungkin, kerana satu atau dua tanda sahaja tidak konklusif dan boleh terjadi pada sesiapa, tapi kalau banyak & berterusan, itu hampir pasti scammer.

TAK MAMPU BAYAR apa yang dia konsum dan lebih buruk lagi, dia minta kau yang bayarkan. Ramai orang yang cakap besar banyak duit, tapi bila dia ajak makan kedai mamak pun kita yang bayarkan.

PINJAM BANYAK TAK BAYAR BALIK duit kau yang berbulan-bulan kau minta. Kadangkala susah dihubungi dan bergaya hidup mewah walau masih berhutang pada kau.

MENUNJUK GAYA HIDUP MEWAH hampir setiap waktu secara berterusan, lebih lagi bila dia nak kau sertai bisnes dia. Baju cantik, first class, private jet, hotel mewah dsb.

USAHAWAN & KERJA SENDIRI ATAU TAK KERJA malangnya kebanyakan scammer mengkategorikan diri mereka usahawan yg berkerja keras dan bekerja sendiri. Kerana mereka boleh lari daripada kebertanggungjawaban. Ada yg menipu diri sendiri menganggap promosi diri di media sosial itu satu kerja. (Fakta: usahawan & orang yang bekerja sendiri kebanyakannya masih amanah, sebab itu ada tanda soal)

NETWORKING TANPA KEMAHIRAN ASAS “soft skills without hard skills” matsaleh kata. Kemahirannya dalam skop networking saja (communication, public speaking, influencing) tapi market analysis tak reti buat, P&L tak reti baca, pengalaman industri tak ada.

PENDIDIKAN TINGGI & KUALIFIKASI DIPERTIKAI atau tidak wujud. Kita bukan pandang rendah sesiapa yang tiada pendidikan, tapi kita pandang serius apa claim yang dia buat dan siapa dia untuk berkata sedemikian. Claimnya tidak dipertanggungjawabkan atau diregulasi.

STATUS ASAL seseorang tak perlu dipandang rendah, akan tapi kalau dia terlalu cepat naik status (dalam masa berbulan saja) dari segi kewangan atau status sosial atau status influencer, itu perlu dipersoal. Hati-hati dengan Parvenu baru nak up. Bukan semua buruk, cuma kalau dia banyak riak, lari sekuat hati.

TRIGGER FACTOR kebanyakan scammer adalah narcissist. Boleh Google maksudnya, ia bukan kuih. Ada beberapa masa dia boleh “triggered” bila kau sembang topik seperti status asalnya, kegagalan bisnesnya atau bila orang yang dia hormati tak suka padanya.

TIPU KAU & DIRINYA SENDIRI faktanya selalu bercanggah, dan dia yakin betul apa yang dia buat itu sesuatu yang betul.

DELUSI TINGGI bagi jenis yang sangat narcissitic. Dia cipta persona bayangan untuk dapatkan perhatian atau simpati kau. Inventing Anna dengan “My father”, Tinder Swindler dengan “My enemies”. Kadangkala ada banyak persona bayangan (tambahan)

MANIPULATIF TANPA EMPATI dengan menggunakan kau atau menggunakan sesiapa saja atau tunggang agama untuk capai apa yang dia mahu. Dia takkan kisahkan apa konsekuensi pada orang lain (tambahan).

_______

Secara jujurnya admin sendiri pernah kena scam beberapa minggu lepas...