Nantikan Harley – Davidson LiveWire Di Pasaran Ogos Nanti – Harga Permulaan RM123 Ribu



Seperti yang dijangkakan akhir tahun 2018, tahun ini adalah tahun munculnya banyak kenderaan yang berasaskan elektrik. Salah satu daripadanya adalah motorsikal keluaran Harley – Davidson.

Model Harley Davidson Livewire ni seperti khabar angin sebelum ini memang model motorsikal elektrik pertama oleh Harley dan dah nak mula dijual pun. Kalau tengok laman web Harley Davidson sendiri, pra tempahan untuk LiveWire ni sudah dibuka.

Model ini menggunakan bateri lithium-ion untuk membekalkan kuasa kepada komponen elektronik sepertik butang kawalan, hon, panel dan lampu.

Kalau kita lihat, dari segi reka bentuk, Livewire ni jatuh dalam kategori sportster ataupun street tapi bukan cruiser lah. Sekali pandang, macam ducati Diavel pun ada.

Motorsikal elektrik ni dilengkapi dengan sistem ABS dan juga traction control, lebih menarik ia mempunyai tujuh mod tungganan iaitu dan paling menarik didatangkan dengan sistem telematic dikenali sebagai H-D Connect yang berfungsi untuk berikan data berkaitan pengecasan bateri, peringatan perkhidmatan dan macam-macam lagi.

Model LiveWire dijangka masuk ke pasaran pada Ogos ini dan sebenarnya diletakkan dalam kategori model tahun 2020 dalam website Harley Davidson.

Dari segi prestasi, LiveWire mampu memecut 0-100km/h dibawah 3.5 saat, dan mampu bergerak sejauh 177 kilometer sekali pengecasan.

Model Harley Davidson LiveWire ni ada 3 pilihan warna iaitu kuning, oren dan hitam. Kuning tu atau nama rasminya Yellow Fuse ni khas untuk model LiveWire sahaja, tidak terdapat pada model lain Harley.

Teringin nak sebijik? Buatlah pra-tempahan di laman web Harley Davidson, cuma bunyi dia tak macam Harley biasa, dia lebih kurang macam kapal StarWars tu, tak percaya? Dengar lah sendiri...