Netflix Dedah 227 Sub-Kategori Rahsia – Guna Kod Tertentu Untuk Akses



Perkhidmatan penstriman terkenal, Netflix menjadi pilihan ramai terutamanya golongan millennial. Dengan ribuan kandungan menarik dari seluruh dunia daripada drama, filem, rancangan TV mahupun dokumentari, boleh dikatakan semuanya ada. Termasuklah siri original terbitan Netflix sendiri.

Sekarang ni, Netflix dah memudahkan pengguna dengan pengasingan kandungan mengikut kategori. Kalau perasan, ada 19 kategori utama selain daripada rancangan yang dicadangkan ikut history rancangan yang kita pernah tonton tu lah.

Kategori yang dimaksudkan adalah; Aksi & Pengembaraan, Klasik, Komedi, Drama, Filem Seram, Filem Romantik, Sains & Fantasi, Thriller, Filem Sukan, Rancangan TV, Rancangan TV Remaja, Filem Kanak-Kanak, Anime dan banyak lagilah.

Tahu tak, sebenarnya Netflix ada sub-kategori rahsia? Sebenarnya, kalau diperhatikan, bukanlah rahsia, cuma Netflix filterkan lagi mengikut sub-kategori yang dirasakan sesuai untuk tontonan. Antaranya; Filem Martial Art  macam IP Man, Merantau dan lain-lain. Jadi, kalau mood nak tengok cerita Sukan, tapi khususnya tentang Boxing, typekan kod yang tertera.

Macam mana nak akses semua sub-kategori Netflix?

Mudah je sebenarnya, gunakan website dan buka pautan https://netflix.com/browse/genre/xx di tempat ‘xx’ tu, korang tukarkan kepada kod-kod yang ada mengikut genre yang korang nak. Kalau terlupa, korang boleh rujuk di - https://netflix-codes.com/

Senang kan? Cubalah. Kalau ada sub-kategori yang korang berkenan dan suka, save sesiap nombor tersebut.

Selamat menonton!

 

Sumber : Comicbook