Video Pasangan Gay Melayu Singapura Viral di Malaysia

February 14, 2019 - 12:40 PM


Lepas tengok video ni, kami rasa macam berada ni dunia lain. Masih lagi tak percaya apa yang cuba ditunjukkan. Pada Ahad lepas, laman Dear Straight People ada berkongsikan sebuah video tentang pasangan gay Melayu yang diterima keluarga masing-masing dan kisah cinta mereka.

Dalam video tersebut, Faliqh, 30, dan Kaal, 41, berkongsi kisah mereka dari saat awal perkenalan sehinggalah saat getir apabila mereka dibawa berjumpa keluarga masing-masing.

Kaal
Faliqh

Hampir tujuh tahun bersama, Faliqh berkata dia bertemu dengan Kaal di sebuah parti di tepi pantai. "Saya terjumpa seorang lelaki kacak memakai topi. Dia mempunyai tubuh yang mantap dan saya memerhatikan dia dalam diam. Masa first date kami, dia tiba lambat hampir sejam lebih dan saya merajuk sedikit pada masa itu. Namun, selepas berborak dan dipujuk, keadaan menjadi tenang dan seronok", ujar Faliqh.

Lepas tengok video ni abg nak tanya korang agak-agak siapa bottom siapa top?

Fyi: Actually video ni dari Singapura! tapi kecoh dekat Malaysia